Friday, 27 January 2017

Menyambut temasya filem

Semalam ada sambutan ulang tahun @wayangbudiman dan upacara berlangsung dari 11 tengah hari hingga ke malam. Saya hanya datang pada sesi ketiga kalau tak salah saya iaitu tayangan Filpen Antologi Roti yang dihasilkan oleh beberapa pengiat filem tempatan. Ada yang saya suka dan ada juga yang saya belum suka mungkin kerana ilmu atau pemikiran saya belum bersambung lagi dengan beberapa filpen antologi roti yang ditayang namun bukan semua yang tidak bersambung dgn pemikiran saya, ada saja yang bersambung. Oleh kerana pusat kajian aspresiasi filem ini bertujuan untuk pendidikan jadi saya hadir untuk belajar dan memahami sesuatu dari sudut pandang  ilmiah kerana saya graduan dari teater bukan dari filem tetapi saya suka dengan nilai estetika dalam filem yang boleh melangkaui apa saja berbanding teater yang kita sendiri tahu limitasinya sampai ke mana.

Tahniah wayang budiman dan selamat ulang tahun

No comments:

Post a Comment