CeritaPendek
Aku Don bukan Ustaz
Nama
saya Don. Saya ni budak kampung, tapi saya bukan Ustaz Don.
Masa saya umur lima belas tahun,
saya tak ingat dah sunat ke belum masa tu tapi untuk pendekkan cerita, anggap
je saya dah bersunat. Ada satu malam jumaat ni, ada ustaz ni ajak baca yasin di
surau. Saya pun ajak dua tiga orang kawan saya pergi surau nak baca yasin. Tapi apa yang menarik saya buat masa orang
lain baca yasin, saya dengan kawan saya kira berapa banyak muka surat yasin tu.
Orang lain selak sambil baca, saya selak sambil kira. Wahid, isnaini sampai habis.
Apa yang menarik bila ke surau baca
yasin malam jumaat ni, mestilah sebab
ada makan-makan. Saya dah membayangkan nasi ayam, kerabu mangga, patin tempoyak
. Tengah saya sedap bersila nak makan, datang
pak imam duduk sebelah saya. Dia tepuk bahu saya, saya ingat dia nak
suruh baca doa. Tapi dia suruh saya tengok semua makanan yang ada dalam pinggan
tu lepas tu dia suruh kira. Saya pun kiralah wahid isnin tslasa sampai habis.
Ada tiga puluh jenis makanan…… ….Air liur dah meleleh nak makan. Lepas saya habis kira, saya pun pandang pak
imam. Pak imam pandang saya balik. Lepas tu dia cakap,
Dah
habis kira, Baliklah.
‘Cis
pak imam, potong stim betul’ saya dengan kawan-kawan saya terus celah dari
surau tu balik rumah. Hai lapar tak makan.
Memandangkan kami takde aktiviti
nak di buat malam jumaat ni, kami pun BCMJ (Buru Cicak Malam Jumaat). Dapat juga
pahala tapi sebalik kami diburu HBMJ ( Hantu Bungkus Malam Jumaat). Saya ada
awek, nama dia Salmah. Saya tak tau kenapa nama dia Salmah, tapi nama dia
Salmah. Saya kenal Salmah ni dekat facebook. Mula-mula risau jugak saya kalau
si Salmah ni sebenarnya tak cantik macam dalam facebook tu.yela takut kat
facebook cantik tapi kat luar cam-taik. Tapi tak apalah saya ambil kesempatan,
saya ajak Salmah ni berjumpa.
Saya ajak Salmah ni berjumpa dekat
pasar malam hujung kampung. saya janji dengan dia nak jumpa dekat bus stop yang
dekat dengan pasar malam tu. Tapi saya takde lah terus jumpa si Salmah ni. Saya
duduk menyorok duduk jauh sikit dari bus stop. Saya nak pastikan yang betul ke
si Salmah ni fotogenik macam dalam facebook. Dekat bus stop tu, saya nampak ada
dua orang perempuan. Sorang nampak macam mak janda, gincu dia tebal sangat.
Saya memang yakin dia tu mak janda. Mak Janda je pakai gincu tebal macam tu.
Siap dengan kasut tinggi. Nak melaram apa dekat pasar malam?
Yang
satu lagi tu dari jauh saya nampak kembang-kembang, lebar-lebar, rendah-rendah,
hitam-hitam. Saya pandang lagi sekali, perhati betul-betul, la…bukan orang,
tong sampah rupanya. Lepas tu ada sorang makwe cun, berjalan ke bus stop.
Sekilas ikan di air, saya tahu ikan patin liar atau ikan patin sangkar. Saya
yakin tu,Salmah fotogenik. Saya pun datang dekat ke Salmah. Saya tegur dia.
Awak ni Salmah ke? Dia mengangguk. Saya pun kenalkan diri saya. Nama saya Don.
Kami pun bersembang, berkenalan, tukar biodata, siap wefie semua. Memandangkan
esok Jumaat saya tak kerja, tapi sebenarnya saya memang tak ada kerja. saya pun
berniat nak ajak Salmah fotogenik ni tengok wayang Suami Aku Ustaz.
Si Salmah pun pandang dengan
renungan makrifat dekat saya. Saya dapat rasakan itu renungan cinta pandang
pertama. Rupanya dia nak cakap, awak ajak saya tengok cerita pasal ustaz ni
awak tak pergi semayang jumaat ke? Lepas tu dia terus berjalan balik tinggalkan
sauya dalam keadaan terkedu ditusuk hempedu saya kat situ.Dari situlah baru
saya tahu bahwa hari jumaat adalah hari paling ngeri bagi seorang lelaki yang
dah baligh macam saya. Tapi saya masih
tak puas hati, saya terus balik rumah saya stalker facebook si Salmah. Rupanya,
dialah anak si pak imam yang suruh saya kira makanan dekat surau hari khamis
malam jumaat suatu masa dahulu tu. Cis, punya nasib.
No comments:
Post a Comment