RHOMADHON
Lokasi: Pondok tempat tunggu bas
(Manap
mengeluh sambal menyumpah yumpah majikannya setelah dibunag
kerja pada bulan Ramadhan)
Manap: Kurang
ajar betul bangla tu buang aku kerja,dahlah sekarang ni bulan Ramadhan,aku
dahlah puasa hari ni,erm kalau dekat Malaysia orang bangladesh boleh jadi
boss,maknanya dekat Bangladesh orang Malaysia lah jadi boss,ok cun esok aku nak
pergi mintak kerja kat Bangladesh confirm aku jadi boss lepas tu aku nak buang
orang bangla bangla tu.hahaha
(Sambil berdiri dan tengok kiri dan kanan,melihat
tiada seorang
pun manusia
yang menunggu bas pada waktu itu)
Manap: Erm
taka da orang lagilah hari ni, ha jangan jangan bas taka da lagi hari ni(tengok
dibelakang tong sampah) huh..nasib baik taka da notis yang bas tak lalu sini
hari ini..lega aku.tapi pelik jugak kenapalah tak ada orang hari yang aku
tunggu ni..(senyum tiba tiba)tapi bagus jugak taka da orang haha sebab aku ada
bawak(keluarkan roti dalam beg) ha roti! Masa nilah sesuai untuk aku berbuka puasa
tengah hari ni…hahaha
(Manap
ingin memakan roti itu dengan gembiranya tiba tiba dia
teringat sesuatu)
V.O (
Manap…oh Manap kan ayah dah pesan,puasa,jangan tinggal puasa,itu rukun islam Manap)
(Manap
insaf seketika..tetapi..)
Manap: Argh lagi pun abah bukan ada kat sini
pun..aku
tak kira aku lapar..
(Manap memasukkan
roti itu hampir ke dalam mulut..tiba tiba.)
V.O ( Awak,
awak tahu tak sebab apa saya tinggalkan awak?sebab
awak tak puasa,awak tipu saya,,awak selalu
makan sebelum
waktu berbuka..awak ni teruklah!!!.)
(Manap teringat
kata kata bekas kekasihnya sejenak)
Manap: Alaa kau tinggalkan aku bukan sebab aku
tak
puasa tapi sebab kau dah dapat
lelaki
lain…sudah lah..(Sedih sambil
memegang roti)
dah pergi semua..aku nak makan
gak…satu,dua,tiga...
(Masuk lagu
raihan, Manap terus menyorokkan rotinya
dibelakangnya,dan Firman masuk perlahan lahan
dengan senyum
suci)
(Firman berdiri
di belah kanan pentas dan Manap duduk di atas
kerusi belah kiri sambil mengangkat telefonnya
yang berbunyi
sebentar tadi selaras dengan waktu Firman
berdiri di belah
kanan pentas)
Manap: Ya..walaikumsalam mak,ya…manap puasa..ya
manap tengah kerja ni
mak…ok..ok..
(panggilan terus dimatikan)
(Manap
dan Firman saling berpandangan sesama mereka lalu Firman
mengambil keputusan untuk duduk di sebelah
Manap)
Firman: Mungkin ana tidak dapat melihat apa yang
ante
lakukan
sebentar tadi,tetapi sudah pasti tuhan itu maha melihat segalanya..
(Manap
kelihatan mula berasa serba salah)
Manap: Eh
apa yang saya lakukan,saya hanya menjawab
pangilan ibu saya..
Firman: (Gelak sinis) Puasa ini mengajar kita
umat
islam
untuk menahan lapar dan dahaga,dan juga bukan sahaja menahan lapar dan dahaga
akan tetapi kita juga harus menahan segala tingkah laku kita wahai
saudaraku..sesungguhnya ianya adalah rukun islam yang keempat..
(Manap jadi
serba salah sekali lagi dan keliru)
Manap: Sekejap,awak ni sapa?datang dari
mana?saya tak
pernah
tengok pun kat sini..dengan berjubah tengah tengah hari ni..?
(Firman
menghulurkan tangannya kepada Manap)
(Lagu ya
ana munafik berkumandang seketika)
Firman: Nama ana Firman,ana bukan orang sini,ana
seorang musafir..
Manap: Oh musafir…jadi awak ni tunggu bas jugak
ke
kat sini?
Firman: Tidak sebenar ana berjalan jalan di
sekitar
sini
untuk mencari manusia manusia yang baik hati,pemurah untuk mendermakan sedikit
wang ringgit untuk badan badan yang memerlukan..(menujukkna boring panti
asuhan) ini dia boring panti asuhan,marilah kita berbuat baik dibulan ramadan
ni.
(Berfikir
dan mengeluarkan kata kata dalam hati)
V.O (Aku
dah lah kena buang kerja tadi ni sekarang ko nak mintak
aku duit pulak,patutlah berjubah
semacam..)
Manap: Oh jadi awak ni geng dengan budak budak
yang
selalu
mintak mintak derma kat sinilah ni..kira awak ni level atas sikit lah dari
budak budak tu,..sebab pandai berkata kata..
(Manap menutup
mulut Firman dengan jarinya tatkala Firman ingin
mengeluarkan kata kata)
Manap: Dah cukup!tak perlu cakap apa apa lagi, amik
ni..seringit.
(Firman
memnadang wajah Manap seakan tidak cukup wang yang
diberikan)
Manap: Ok dah nah lagi seringit..
(Firman
masih lagi melihat wajah Manap dan melihat duit ditanganya)
Manap: Tak
cukup jugak?nah lah semua..amik.nah nah!!
(Firman
pula menutup mulut Manap dengan jarinya dan berkata)
Firman: Alhamdulillah..semoga ante dimurah rezeki
di
bulan
Ramadhan ini..(Menghulur tangan dan memberi salam pada Manap) assalamualaikum.
(Firman
terus beredar dari stesen bas itu dengan wajahnya yang
suci)
(Manap
melihat Firman beredar dengan muka tidak puas hati.dan
mengeluarkan roti yang disorokkan
dibelakangnya itu)
Manap: Aku dah agak dah,ini mesti geng geng
sindekit
dekat dekat sini,pura pura bukan
orang sini
lah apalah..adui ni dah kali
ke berapa aku
terkena ni..dia jual nama
islam
je,terus kita semua kena
tipu..lepas
ni kalua dating lagi orang
macam ni
memang tak lah aku nak
bagi..sumpah..erm
roti ni tak jadilaj nak
makan..aku
nak puasalah hari
ni.(Membuang
roti ke dalam tong sampah)
(Tiba tiba
masuk seorang lagi lelaki berjubah dan berserban mampir
kearah Manap di sebelah kanan.)
(Mereka
saling berpandangan antara satu sama yang lain)
(lelaki itu
mampir pelahan lahan dan duduk disebelah Manap)
(Manap
terus bangkit dari kerusi dan lantas beredar sambil
berteriak)
Manap: Teksi,teksi.. (Melambai lambai seakan ada
teksi dihadapan nya dan
terus beredar
meningalkan lelaki itu)
(Lelaki itu
melihat dengan wajah tidak tahu apa)
Tamat
No comments:
Post a Comment