Saya ingin memberi pandangan secara peribadi tentang kehadiran pelbagai bentuk teknologi multimedia yang sudah semestinya sangat membantu dalam peredaran sudut teatrikal teater di masa kini. Apa yang saya maksudkan ialah dengan kehadiran teknologi teknologi ini secara tidak langsung telah dapat mempertingatkan mutu teatrikal teater itu dari semasa ke semasa. Kita dapat lihat secara mudah apabila teknologi teatrikal pencahayaan lampu telah berubah dari parcan ke led parcan manakala kalau disebut dari teknologi pentas pula bermula dari pentas biasa ke pentas multifungsi. Secara permukaannya apa yang saya katakan tadi adalah mengenai teknologi atau nama komersialnya technoformances. Revolusi teknologi terhadap teater bagi saya amatlah penting untuk mempertingkatkan mutu persembahan sesebuah teater itu kerana khalayak kini majoritinya saya lihat lebih suka atau lebih mudah mengikut sesebuah teater itu apabila dihidangi dengan konseptual teatrikal persembahan yang estetik melalui kekaguman teknik diguna dalam konsep atau stail persembahan. Khalayak kini seakan tidak bisa menerima kekaguman yang hadir melalui lakonan/ skrip atau idea sahaja dari pembikin pembikin teater ekonomikal atau digelar teater runcit. Saya juga dari kalangan pembikin teater runcit dan bukan dari teater skala besar dan bermodal besar namun saya juga terpaksa mengakui kehendak khalayak teater pada masa kini yang lebih hidup dalam teatrikal technoformances bukan sekadar performances. Maka saya ingin mengatakan bahawa pendapat saya, revolusi teknologi ini amat saya sokong untuk meningkatkan variasi persembahan teater supaya teater dapat dilihat dari persepektif lain berbanding medium seni seangkatan seperti filem, penulisan,arsitektur dan lain lain kerana saya yakin setiap medium seni itu ada kelainan yang tersendiri walaupun hanya sebesar zarah namun ianya tetap ada kelainan. Saya menyeru pada pembikin pembikin teater yang berpeluang mengunakan teknologi teknologi baharu ini haruslah memanfaatkan nilai kekaguman ini mengikut tuntuntan skrip yang dibawa agar sejajar dengan pengaplikasian teknologi dalam karya tersebut bukan sekadar semborono memanipulasi kecanggihan yang telah ada kini.
Tertarik dengan kata kata seorang gadis dari switzerland iaitu Natasha Tsakos " tecnology changing theatre". Yes, i think so!
![]() |
| Technoformances |
| Technoformances |

No comments:
Post a Comment