Hidup
ini Bentuk “0”
by
SakDon
Aku tak sakit.
Hampir beberapa ramai manusia yang cakap aku ni sakit, dan hampir beberapa
kalilah aku cakap yang aku tak sakit. Aku sangat bengang dengan kawan aku
sorang ni, nama dia Azam tapi orang panggil dia Ayam. Aku pun tak tahu kenapa
orang panggil dia dengan nama macam tu, mungkin sebab dia kuat makan ayam
agaknya.
Motif
yang menafsukan aku untuk bengang gila kat si Ayam ni, sebab dia selalu kata
aku ada penyakit keturunan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Alasan dia cuma,
sebab aku ni suka lepak sorang-sorang kat Universiti dan aku ni tak suka
bercampur dengan budak budak lain. Benci benci aku kat si Ayam ni tak lah teruk
sangat sebab dia ni selalu ada bila waktu aku senang dan juga bila waktu aku
susah oleh kerana kami kan satu rumah. Walaupun aku ni selalu saja dilabelkan dengan
perkataan (aku sakit) tapi aku tetap ada awek, awek aku ni belajar di tempat
yang sama dengan aku belajar iaitu di Uitm Kampus Puncak Perdana.
Nama
dia Maria Bb, aku yang gelarkan dia Maria Bb sebab maksud (bb) tu bukan blackberry
atau blueberry tapi apa yang dimaksudkan oleh aku ialah Maria Banyak Bunyi. Maria
ni memang banyak bunyi, dia suka buat aku pening kepala sebab nak melayan
kerenah dia yang menjengkelkan bulu bulu roma aku contohnya cakap banyak, suka
mendesak, dan banyak lagilah tapi yang istemewanya dia ni, dia banyak
menasihati aku dalam apa jua keadaan kritikal. Berbalik pada dilema yang aku
sedang alami ni, aku memang selalu ditindas dengan kata kata berbaur sinikal
iaitu yang aku ni sakit tapi sebenarnya aku
tak pernah sakit cuma aku ni memang suka menyendiri. Aku suka menyendiri
sebab nak mencari seberapa banyak input atau ilham untuk meneruskan hobi aku
yang suka berkarya tak kira masa.
Hilmi
rusydi bin Hassan nama diberi oleh kedua ibu bapa aku yang sudah lama meninggal
dunia sewaktu umur aku dalam lingkugan sepuluh tahun lagi. Berbekalkan satu
warisan bapa aku iaitu motor Honda c70, dengan besi buruk inilah yang banyak
membantu aku semasa aku mengaji dalam pengajian diploma di fakulti seni bina
perancangan dan ukur. Besi buruk c70 banyak membawa aku kemana saja yang aku
nak pergi walaupun perjalan ke satu tempat tu hanya perlu mengambil masa yang
singkat tapi aku terpaksa mengambil masa yang lama akibat dari keadaan motor
yang selalu nazak di tengah jalan.
Walaupun
aku mengambil jurusan di (FSPU), aku giat berseni sewaktu mengaji dulu dengan
membuat banyak persembahan kesenian seperti menyanyi, berlakon, menjual buku
karya sendiri dan lain lain. Bermula dengan berseni itu jugalah, aku telah
menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan aku setiap bulan selain
mempergunakan duit yang sedia diberi (PTPTN) itu sehingga kering. Mengambil
jurusan seni bina di (FSPU) tidak pernah menghalang niat aku untuk terus
berseni ketika itu, kerana bagi aku seni adalah satu medium untuk aku
menterjemahkan segala galanya dalam bentuk komersil.
Cuti
semester yang agak menyebal sebelum tarikh permohonan ke peringkat ijazah
dibuka, lantas perkara sebegini telah membuatkan diri aku lebih bernafsu untuk
terus menambah karya karyaku. Didalam waktu yang sama jua, aku mengalami satu
lagi dilema iaitu sama ada mahu meneruskan kerjaya aku didalam bidang seni bina
iaitu menlanjutkan pelajaran diperingkat ijazah muda yang permohonannya bakal
dibuka tidak lama lagi atau mengambil keputusan untuk menjadi pengkarya tegar secara
sepenuh masa.
Ayam
dan awek aku si Maria mendesak aku supaya meneruskan pengajian aku, tetapi aku
rasa itu bukan nafsu aku sekarang, nafsu aku adalah untuk menjadi seorang
pengkarya indie yang tegar. Aku mahu hidup dalam dunia imiginasi aku tanpa memikirkan
realiti hidup yang menjengah selalu di depan mata aku. Akibat dari dilema bodoh
yang aku alami ni, aku telah mengambil satu reformasi iaitu membuat keputusan
bercuti di sebuah kampung terpencil untuk mencari jawapan tentang dilema aku.
Setibanya
saat yang aku tunggu-tunggu iaitu untuk pergi bercuti di sebuah kampung yang
bernama ku pinang engkau dengan bismillah lokasinya terletak di negeri Brunei
Darussalam. Seawal jam tujuh suku pagi, aku bersiap sakan dengan membawa
segalas beg di bahu, lalu Ayam tiba tiba menyapa aku dengan mamai wajahnya
kerana baru bangun dari tidur di rumah sewa kami berdekatan dengan kedai lechu.
Ayam
bertanya kemana aku mahu pergi seawal pagi, lalu aku tidak berkata apa apa
kepadanya dan terus menghidupkan c70 kesanyangan aku, seraya menekan gear satu
sambil menjelir lidah kepada dia yang menjengkelkan itu. Hampir berjam jam aku
duduk diatas besi buruk c70, sampai jua lah aku di negeri Brunei Darussalam,
tetapi aku masih tidak menjumpai papan tanda yang menunjuk arah untuk ke sebuah
kampung ku pinang engkau dengan bismilah dan (GPS) yang aku bawa juga tidak
dapat mengesan lokasi kampung itu.
Mujurlah
didalam perjalanan aku itu, aku telah terjumpa dengan seorang lelaki tua,
berambut putih seakan akan riwayat hidupnya hanya tinggal beberapa hari sahaja
lagi untuk hidup diatas muka bumi ini. Aku menghentikan perjalanan di tepi
jalan kerana ingin bertanya kepada si lelaki tua itu apakah dia tahu jalan
hendak ke kampung ku pinang engkau dengan bismillah. Alhamdulillah rezeki
berpihak kepada aku, kerana lelaki tua itu tahu dimana terletaknya kampung yang
aku idamkan strukturnya..
Akhirnya
sampai jualah aku ke kampung idaman aku itu, setibanya aku di kawasan sekitar
kampung ku pinang engkau dengan bismillah, aku mengalami dilema untuk mencari
tempat berteduh selama beberapa hari lantas dihadapan aku ada sebuah rumah
mewah yang terlalu besar sebesar istana diraja.
Hampir
satu jam aku menjadi penonton kepada rumah gergasi itu, aku ternampak satu
helai kertas putih bertampal di dinding batu pintu gerbang rumah itu yang
tertulis ‘’ jika nak sewa rumah boleh masuk ke dalam rumah ini kerana kami ada
menyediakan khidmat rumah sewa’’. Setelah khusyuk aku mentelaah tulisan di
kertas putih itu, tanpa berfikir panjang, aku terus menyusul ke dalam rumah
besar itu seraya parkir c70 aku dekat bawah anak pokok bersebelah dengan pintu
gerbang rumah gergasi itu.
Setiba
saja aku didalam rumah gergasi, aku telah disapa oleh seorang perempuan cantik
yang bertanya apakah sebab kedatagan aku secara melulu ke dalam rumah mewah
itu. Aku membalas pertanyaan manja itu dengan pertanyaan kembali, iaitu
berkenaan khidmat sewa rumah yang di tampal didinding pintu gerbang rumah itu.
Perempuan cantik itu membalas kembali persoalan aku dengan jawapan yang sangat
comel iaitu tentang khidmat sewa rumah yang disediakan itu adalah datangnya
dari bapanya iaitu Tuan Hilmi Rusydi. Aku lantas terdiam, kerana nama bapanya
sebijik dengan nama aku, mungkin iainya satu kebetulan yang tidak di sengajakan
barangkali.
Selang
beberapa saat, Tuan Hilmi menyapa kami berdua yang baru sahaja pulang dari aktiviti
hariannya iaitu berjogging sambil mencari ilham. Tuan Hilmi menjemput aku untuk
duduk di sofa rumahnya bagi mendiskusikan tentang prosudear khidmat sewa
rumahnya dengan serius sekali seraya itu aku telah dihidangkan dengan minum
petang yang disediakan oleh isterinya yang bernama Maria. Sekali lagi aku agak
jeda selama beberapa saat akibat dari kesamaan nama isterinya dengan awek aku
yang berada di Puncak Perdana, tetapi aku tetap meneruskan perbincangan yang
agak memeningkan tutur katanya itu.
Perbincangan
yang berdurasi selama enam jam itu tamat jua akhirnya, dan aku pun telah
diberikan kunci rumah setelah membayar depositnya yang berharga empat ratus,
empat puluh ringgit, empat puluh sen. Setibanya aku dirumah sewa baharu aku
itu, aku terus mencampakkan beg galas yang aku bawa itu ke sebelah jamban dan
terus berbaring di atas tilam yang empuk lagi nyaman di rumah sewa Tuan Hilmi.
Aku bukan sekadar berbaring ditilam yang empuk itu saja, malah aku jua sedang
menimiginasikan sesuatu tentang perkara kebetulan yang aku alami sepanjang hari
perjalanan aku ke kampung ku pinang engkau dengan bismillah itu. Imiginasi yang
aku bayangkan ialah jikalaulah aku menjadi orang kaya seperti Tuan Hilmi yang
memiliki rumah sebesar istana thebes dalam cerita klasik paduka Oedipus
alangkah indahnya hidup aku kelak.
Nafsu
aku makin bertambah ghairah lagi apabila seraya aku baring di atas tilam, aku
membayang anak perempuan Tuan Hilmi yang comel gila dari awek aku Maria bb itu.
Aku sepatutnya harus bertukar nombor telefon dengannya sebentar tadi tetapi
akibat kegampangan akulah, peluang yang terhidang telah dibaham oleh waktu.
Akibat dari imiginasi yang termaksimun telah membuatkan aku terlena dibuai
mimpi indah bersama anak perempuan Tuan Hilmi itu hinggalah keesokkan harinya.
Tersedar di pagi hari amat membosankan lalu aku terus ke bilik air untuk
mengosok struktur gigi aku yang kekuningan seraya mengapai tuala bersebelahan
dengan pintu bilik air dan melaksanakan mandi hadas aku.
Sesegarnya
aku setelah mandi hadas, aku terus ke dapur untuk membancuh air nescafe tiga
dalam satu, tiba tiba aku ternampak pak cik tua dilohong tingkap rumah aku,
yang mula mula aku ketemu di tepi jalan tempoh hari. Rupa rupanya pak cik tua
yang aku mendefinasikan tidak berpeluang untuk hidup itu, tinggal bersebelahan
dengan rumah sewa aku. Disebabkan aku ni budak yang baik, aku pun pergi
menjenguk pak cik tua itu bagi mengenang jasanya yang membantu aku ketika
mencari lokasi persembunyian kampung ku pinang engkau dengan bismillah dari (GPS)
dan papan tanda tempoh hari.
Lantas
aku terus membuka bicara, namun pak cik tua itu agak lambat sedikit untuk
menangkap bait kata kata aku. Dia seakan kedungguan ditempat kejadian apabila dirinya
diajukan beberapa pertanyaan tetapi aku dapat merasakan sesuatu yang unik ada
pada pak cik tua ini. Perbicaraan dimulakan lagi dengan mukadimah aku sekali
lagi, iaitu pertanyaan tentang asal usul pak cik itu.
Aku
bertanya kepadanya, siapakah nama pak cik, dan apakah pak cik hanya tinggal
berseorangan di pondok buruk yang dah nak roboh ini. Pak cik tua itu membalas
pertanyaan aku dengan introduksinya berkaitan namanya dahulu iaitu Hilmi rusydi
bin Hassan dan dia meneruskan jawapannya yang dia sememang tinggal berseorangan
sudah hampir dua puluh lima tahun di pondok buruk itu.
Aku
sejenak kemusykilan, lalu aku meneruskan pertanyaan dengan menanyakan apakah
dia tiada keluarga terdekat, lalu pak cik itu pun membalas sekali lagi
persoalan aku yang berbunyi sememangnya dia tiada siapa siapa dalam hidupnya
setelah kematian kedua ibu bapanya sewaktu umurnya dalam lingkugan sepuluh
tahun lagi. Sekali lagi aku mengalami jeda di saraf otak, adakah semua ini satu
kebetulan atau sebaliknya. Kesamaan namanya dan nama aku tidak dapat disangkal
lagi tambahan pula hidupnya yang sebatang kara akibat dari kematian kedua ibu
bapanya sewaktu dia berusia sepuluh tahun mempunyai kaitan rapat dengan kisah
latar belakang hidup aku, ini amat merungsingkan fikiran aku.
Kemusykilan
yang drastik membuatkan aku merasa ada yang aneh dalam situasi ini, lalu
membuatkan jiwa aku membuak buak untuk terus menyoal selidik pak cik Hilmi ini.
Aku meneruskan lagi pertanyaan demi pertanyaan secara terperinci. Aku bertanya
lagi apakah pak cik ini pernah melanjutkan pengajian di universiti satu ketika
dahulu.
Pak
cik itu tiba tiba menjawab pertanyaan itu dengan pantas bahawasanya dia memang
pernah melanjutkan pengajian diperingakat diploma jurusan seni bina (FSPU) di
Universiti teknologi mara Puncak Perdana suatu ketika dahulu, tanpa aku mengajukan
soalan lagi, pak cik itu terus menceritakan yang dia dahulu suka berkarya dan
bercita cita untuk menjadi pengkarya tegar kerana itu dia tidak menyambung
pengajiannya diperingkat ijazah akibat dari keobsesan dia tentang seni yang
dikarangnya itu.
Jawapan
demi jawapan pula terus disajikan kepada aku, apabila dia mengatakan dia pernah
ada seorang awek yang bernama Maria dan mempunyai sahabat bernama Ayam sewaktu
zaman pengajian di Uitm dahalu. Kemusykilan demi kemusykilan bercabang di dalam
otak aku, akibat dari jawapan itu, perasaan ingin tahu terus timbul di benak
hati aku untuk menanyakan, dimanakah Ayam sahabatnya dan kekasih hatinya Maria
itu sekarang.
Ironi
yang disajikan kepada aku ialah, pak cik itu berkata bahawa Ayam sahabatnya
sudah pun bermastautim diluar negara setelah tamat pengajian (PHD) suatu ketika
dahulu dan Maria kekasihnya telah berkahwin dengan Ayam lalu tinggal bersama
sama di luar negara setelah hubungan kami (Pak cik dan Maria) putus akibat dari
keputusan untuk tidak melanjutkan pengajian
dilakukan secara mendadak. Sekali lagi jeda berlaku di fikiran aku
sejenak, akibat masih tidak berpuas hati lagi dengan segala persoalan aku, aku bertanya
lagi mungkin untuk kali terakhir.
Setelah
tamat pengajian di peringakat diploma, apakah yang dilakukan oleh pak cik
Hilmi. Pak cik itu pun menjawab dengan kesedihan terpancar diwajahnya, kerana
dia berkata selepas saja dia melaksanakan keputusannya untuk tidak menyambung
pengajiannya, selang beberapa hari selepas itu, dia telah ditawarkan oleh
sebuah syarikat penerbitan buku untuk menaskahkan karya lalu ditaja sepenuhnya
oleh mereka, dari giat semangatnya berkarya tidak kira masa dengan menjual karya
karyanya sewaktu mengaji dulu. Dia telah ditawarkan untuk bergiat aktif sebagai
tunjang utama dibawah syarikat penerbitan buku iaitu paradok press, namun disebabkan kegagalan dalam menjadi
tunjang utama syarikat penerbitan buku itu, syarikat itu telah lingkup dan dia
kehilangan sumber pendapatan sampai sekarang.
Aku
kembali berkata kepadanya mengapa tidak menyambung pengajiannya setelah dia
hilang sumber pendapatan itu, lalu pak cik itu menjawab dia memang berhajat
untuk menyambung pengajiannya setelah kehilangan sumber pendapatan yang
menyebabkan hidupnya terhubang hambing, tetapi pada ketika era 2036 itu,
bantuan wang pelajaran (PTPTN) telah dihapuskan oleh kerajaan selama dua puluh
lima tahun akibat dari tunggakkan bayaran dari orang yang meminjam terlalu
banyak dan dia (Pak cik) tidak mampu untuk menanggung kos pengajian di
peringkat ijazah ketika itu.
Jawapan
yang terakhir itu disudahkan dengan mood amat sedih terpancar diwajah pak cik
Hilmi itu, lalu aku pun terus pergi meninggalkan pak cik Hilmi dipondok buruk
setelah sedar jam telah menunjukkan waktu senja bakal menyusul. Ternyatalah
perbualan kami memakan durasi yang sangat lama tanpa sedar, tetapi banyak input yang telah aku dapati dari
setiap bait kata pak cik Hilmi itu.
Aku
terus pulang ke rumah sewaku seraya memikirkan tentang segala kesamaan dari
aspek perjalanan kisar hidup pak cik Hilmi seakan seperti aku. Aku terus
mengelamun panjang sambil teringat akan dilema yang sedang aku alami ini iaitu
sama ada untuk memilih menjadikan seni sebagai sumber pendapatan aku yang utama
dan menjadikan soal akademik beratur dibelakang.
Di
era 2070 ini, seni dah menjadi satu kerjaya yang menjanjikan sumber pendapatan
yang lumayan, jadi bagi aku mungkin di era 2036 iaitu era pak cik Hilmi dahulu,
seni masih lagi tidak diperluaskan dan tidak dikomersilkan lagi. Aku terus
mengapai komputer riba aku, dan memulakan satu karya baharu aku yang berjudul
dilema.
Akibat
dari giatnya aku menaip tanpa henti, tiba tiba kedengaran telefon bimbit nokia 3310
aku berbunyi. Aku berkeyakinan bahwa itu pasti Maria kalau bukan pun mesti si
Ayam. Tahap kemalasan yang maksimum membuatkan aku tidak mengapai telefon untuk
mengangkat panggilan itu dan aku terus menaip tanpa henti sepantas pantasnya
malah lebih pantas dari kilat.
Keghairahan
aku menaip tanpa henti telah diakhiri dengan ketiduran aku didepan komputer
riba kesanyangan aku itu hinggalah keesokkan harinya. Pagi menjelang tiba lagi
dan ironinya aku masih termanggu di atas sebuah realiti ataupun fantasi.
Terbuka
saja mata aku, aku terus mengapai telefon bimbit nokia 3310 yang kaku di bawah
katil. Malangnya apabila aku dapat mengapai telefon bimbit itu, masalah tidak
ada bateri dan ia perlu di caj selama beberapa jam telah menimbulkan kembali
perasaan malas di jiwa aku, lantas aku terus membiarkan telefon bimbit itu mati
kaku di bawah katil.
Selepas
menyucikan diri dari kamar mandi, aku terus teringat tentang kecomelan anak
perempuan Tuan Hilmi yang belum aku tanyakan namanya, lantas aku bergegas untuk
ke rumah besar Tuan Hilmi secara sembunyi. Setiba sahaja di gerbang pintu rumah
besar itu, aku ternampak anak perempuan Tuan Hilmi sedang menyiram pokok bunga
begitu dramitiknya, lalu hati aku berkata kata inilah masa yang tepat untuk
menyapa anak perempuan Tuan Hilmi itu.
Kelajuan
semaksimun mungkin telah aku jana di kaki aku, dan tanpa memandang kiri serta
kanan, aku terus menuju ke target utama iaitu anak perempuan Tuan Hilmi, namun ironinya
aku telah terpijak sesuatu cecair yang berwarna hitam pekat kelat. Rupa rupanya
disebabkan tidak memandang atas dan bawah, aku telah terpijak cecair yang
berjudul taik kucing mengakibatkan anak perempuan Tuan Hilmi gelak berdegar
degar terhadap aku.
Romantisnya
musibah itu sehinggalah anak perempuan Tuan Hilmi datang menyapa aku seraya
menasihati aku dengan manja dengan ayat yang berbunyi begini ‘’Hati hatilah
kalau berjalan tu‘’. Perasaan membuak dihati akibat dari kata kata comel itu
membuatkan aku terus dipelawa untuk membersihkan tapak kasut yang terkena
cecair aneh itu dibelakang rumah besar Tuan Hilmi.
Perjalanan
ke belakang rumah Tuan Hilmi memakan masa selama sepuluh minit, dan aku tidak
melepaskan kesempatan untuk bertanya nama anak perempuan Tuan Hilmi dengan
gelojohnya. Pertanyaan aku itu tidak kesampaian kerana satu jeritan memanggil
nama Suzana tiba tiba saja kedengaran asyik ditelinga aku namun jeritan itulah
jawapan bagi persoalan aku sebentar tadi juga.
Maria
ibu kepada Suzana yang memanggil anaknya supaya membantunya memasak di dapur
berikutan perkara itu jua aku telah dijemput sekali lagi untuk masuk ke dalam
rumah besar milik Tuan Hilmi itu. Setibanya aku masuk ke dalam rumah itu, Tuan
Hilmi yang sedang membaca buku berkaitan dengan seni telah memanggil aku secara
langsung.
Akibat
dari buku seni yang ditelaah Tuan Hilmi telah menafsukan aku untuk mendatangi
rapat disebelah kerusi Tuan Hilmi. Pembuka bicara dimulakan oleh Tuan Hilmi
iaitu dengan pertanyaan berbaur sinis yang berbunyi begini ‘’Apakah kamu tiada
kerja lain selain merayau rayau macam kutu saja?‘’ lalu aku membalas pertanyaan
itu dengan jawapan yang unik iaitu aku bukan merayau rayau tetapi sedang
mencari ilham untuk berkarya. Tuan Hilmi tiba tiba tersenyum, sambil berkata
yang dia juga suka berkarya sejak dari zaman di Universiti lagi.
Ekoran
dari terpancarnya senyuman diwajah Tuan Hilmi membuatkan aku terus ligat
bertanya dimanakah tempat Universiti Tuan Hilmi mengaji dahulu. Tuan Hilmi
menjawab pertanyaan aku itu dengan mesra berbunyi ‘’Saya belajar di Uitm dalam
bidang seni bina sehinggalah ke peringkat (PHD) dan alhamdulillah telah menjadi
manusia yang berjaya walaupun kedua ibu bapa saya telah meninggal dunia sewaktu
saya berusia sepuluh tahun lagi‘’. Jeda sekali lagi berlaku diminda aku,
disebabkan jurusannya sama dengan jurusan aku diperingkat diploma serta
kematian kedua ibu bapanya sewaktu dia berusia lingkugan sepuluh tahun ada
kesamaan yang jitu dengan sejarah hidup aku juga.
Perkara
yang aneh ini membuatkan aku telah menjadi manusia yang paling binggung dimuka
bumi ini kerana berjumpa dengan seorang pak cik tua yang mengaku namanya Hilmi
rusydi jua serta berjumpa dengan lelaki tua berdarjat tinggi iaitu Tuan Hilmi
rusydi.
Kecelaruan
diotak aku semakin menjadi jadi apabila memikirkan perkara sebegini, maklumlah
si pak cik tuan itu menyatakan sejarah hidupnya sama dengan sejarah hidup aku,
dan sejarah Tuan Hilmi ini juga sama dengan sejarah hidup aku. Perbezaan
diantara dua orang makluk allah ini adalah pak cik Hilmi seorang yang daif
tetapi Tuan Hilmi seorang bangsawan.
Setelah
aku meneliti secara mendalam, wajah mereka berdua juga seakan seiras, cuma
bezanya pakcik Hilmi hodoh sedikit manakala Tuan Hilmi masih tampan bergaya
walaupun sudah tua, apakah mereka ini adik beradik kembar. Akibat dari ketidak
sanggupan aku menanggung perkara yang aneh ini, aku telah mengambil keputusan
untuk terus meninggalkan rumah besar itu dan kembali ke rumah sewa untuk
menambah isi isi karya aku kelmarin.
Setiba
saja aku di rumah, aku terus mengemas barang barang aku untuk bersiap pulang
pada esok hari kerana merasakan satu mistik yang menyeramkan sedang berlaku di
kampung puaka ini. Setelah barang barang aku selesai dikemas rapi, badan aku
yang kurus ini terus melingkung di hadapan komputer riba aku bagi melanjutkan
isi isi plot dalam karya berjudul dilema aku. Akhirnya siap juga satu kisah
cerpen aku, berjudul dilema ini setelah mengadap komputer riba aku selama dua
belas jam tanpa henti.
Senja
menjelang tiba, aku pun menjengguk pondok buruk pak cik Hilmi yang aku rasa
bakal roboh ditiup taufan tak lama lagi. Seraya aku menjengguk pondok buruk pak
cik Hilmi dilohong tingkap rumah sewa aku, aku terlahir perasaan kasihan
padanya kerana hidupnya yang sebatang kara menyebabkan dia selalu bercakap
dengan bintang ternakkannya iaitu babi hutan. Aku terus duduk diatas katil sambil
termenung jauh, apakah aku sudah ketemu jawapan bagi delima yang aku hadapi
ini, malangnya segalanya masih kabur dipenglihatan aku.
Ketermenugan
aku berakhir berpunca dari kepenatan aku yang melingkung dihadapan komputer
riba selama dua belas jam itu menyebabkan aku tertidur sekali lagi diatas katil
rumah sewa Tuan Hilmi. Keesokkan harinya telah tiba, namun yang anehnya apabila
aku terjaga dari tidur, aku bukan berada di atas katil, malah aku berada di
luar rumah sewa Tuan Hilmi. Perkara ini telah membuatkan aku semakin tidak
stabil, lantas aku terus masuk ke dalam rumah dengan gegasnya dan mengambil
keputusan untuk meninggalkan kampung ku pinang engkau dengan bismillah itu
selaju yang mungkin.
Tanpa
memulangaan kembali kunci rumah sewa Tuan Hilmi, aku terus pecut laju setelah
menghidupkan enjin besi buruk aku, dan terus meninggalkan kampung itu. Akibat
kelajuan yang maksimun, aku telah selamat tiba di rumah sewa kami yang terletak
bersebelahan dengan kedai runcit lechu itu. Sesampai saja aku di rumah, Ayam
terus menegur aku dengan mukanya yang sangat celaka dan tegurannya berbunyi
begini ‘’Oi gila kau bersembunyi kat mana ha?’, aku ingat kau dah lupa jalan
balik sini.
Aku
tidak mengendahkan kata kata itu lalu terus masuk ke kamar bilik bagi
menghilangkan kepenatan aku selama beberapa jam di atas besi buruk c70 tadi.
Aku mula teringat akan telefon bimbit nokia 3310 aku yang berdering sewaktu
berada di kampung ku pinang engakau dengan bismillah tempoh hari.
Lantas
aku terus menyelongkar beg galas yang aku bawa ke sana untuk mencari telefon
bimbit nokia 3310 itu. Sesudah aku menjumpai telefon bimbit itu, aku terus
mengenjitnya dengan caj sehinggalah telefon itu kembali bernyawa setelah mati
selama beberapa hari. Telefon bimbit sudah bernyawa tetapi aku tidak menjumpai
sebarang panggilan yang masuk tempoh hari, ini sungguh memetakkan neuron di
kotak minda aku sekali lagi.
Rindu
dihati terhadap anak perempuan Tuan Hilmi sekilas menjengah di rusuk hati aku
secara mendalam, berikutan dengan kerinduan itu telah menyebabkan aku teringat
akan kunci rumah sewa Tuan Hilmi yang belum aku kembalikan terletak pegun di
dalam kocek seluar belah kiri aku. Seminggu saja lagi sesi temu duga untuk
masuk kembali ke (FSPU) akan berlangsung di Uitm puncak perdana, aku masih lagi
tiada jawapan muktamat, sama ada mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah
atau terus menjadikan karya karya aku sebagai sumber pendapatan selamanya.
Seraya
memikir dengan asyik di atas katil kamar membuatkan mata yang bulat aku ini terlelap
secara dramatisnya, sehinggalah aku ketiduran manja diatas tilam busuk rumah
kami itu. Suatu mimpi yang memberi aku jawapan bagi persoalan aku telah pun
tiba dengan romantiknya apabila mimpi itu telah menjanjikan kehidupan yang
mewah jikalau aku memilih untuk terus menjadikan seni sebagai mata pencarian
aku di era 2080 kelak.
Terjaga
pada keesokkan harinya telah menafsukan aku untuk terus berjumpa dengan Maria
Bb lewat jam 10.30 pagi di kandang (sebuah kedai makan) untuk menyatakan bahawa
jikalau aku terus berseni secara ranggi, maka pada tahun 2080 nanti aku akan
menjadi salah seorang orang terkaya di Malaysia kelak. Maria terus gelak dan
menyatakan aku sudah tidak waras lagi. Aku membalas kata katanya dengan
menyatakan meskipun apa yang aku katakan hanyalah sebuah mimpi namun jika
difikir melalui konteks dunia kita yang ke arah pasca permodenan ini segalanya
tidak mustahil.
Maria
terus bangun dari kerusinya dengan kadar segera dan menampar muka aku yang
hensem ini, seraya berkata ‘’Kau ni memang dah gilalah, kalau kau pilih nak
berseni juga, kita putus! good bye loserman!’’. Kata kata Maria menyentapkan
jiwa aku seketika tetapi bila difikirkan semula, masa depan aku biarlah
ditentukan oleh aku bukan dia (Maria) dan akibat dari pemikiran positif itu
telah mengingatkan aku kembali pada anak perempuan Tuan Hilmi yang comel itu.
Aku
mula merasakan diri ini seakan terkena panahan cinta baharu dan yang lebih indah
berbanding bersama si Maria Bb itu. Berikutan dengan kes cinta ini telah
memaksa aku untuk pulang semula ke kampung ku pinang engkau dengan bismillah
untuk bertemu dengan anak perempuan Tuan Hilmi itu seraya jua memulangkan kunci
rumah sewa yang belum aku kembalikan.
Nafsu
yang membuak buak di hati akhirnya membawa aku sekali lagi untuk pergi ke
kampung itu semula tetapi ada satu keanehan telah terjadi. Keanehan yang aku
maksudkan ialah, aku tidak menjumpai rumah mewah milik Tuan Hilmi walaupun
sememangnya itulah tapak kediaman mewah Tuan Hilmi yang jutawan itu. Perasaan
cacar merba di lubuk hati terjadi seperti ada putaran yang berpusing pusing di
benak minda aku. Sejurus selepas itu aku juga mencari pondok buruk pak cik
Hilmi yang berdekatan di rumah besar Tuan Hilmi tetapi aku tidak menjumpainya
juga dan yang paling mengelirukan adalah rumah khidmat sewa Tuan Hilmi jua
kelihatan tiada di situ.
Apakah
aku sedang bermimpi atau ini adalah satu realiti, kerungsingan terjadi dengan
mendadak ligat di otak aku lalu solusi terakhir adalah memeriksa kembali kunci
rumah sewa Tuan Hilmi yang aku bawa juga di dalam poket seluar sebelah kiri aku
kelmarin.
Ligat
aku sedang memeriksa kunci itu di dalam poket seluar sebelah kiri namun
ironinya tidak jua aku ketemu, apakah sudah terjatuh di atas jalan sewaktu
perjalanan aku menaiki c70 sebentar tadi. Berikutan mistik yang terjadi itu,
telah menyeru aku untuk kembali pulang ke rumah sewa aku yang bersebelahan
dengan kedai runcit lechu bagi menrungkai misteri ini secara tersusun dan
terperinci.
Sesampai
sahaja di rumah sewa aku di Puncak Perdana, aku terus menyapa Ayam dan
bercerita tentang perkara mistik yang sedang aku alami secara muka ke muka
bersamanya. Malangnya Ayam tidak percaya akan cerita yang aku sajikan kepadannya
lalu berkata begini ‘’Aku rasa kau ni sakit lah, agaknya kau dah tak lama dah
ni nak hidup kat dunia ni’’.
Kata
kata itu lantas membuatkan aku terus naik angin dan menengking Ayam secara
depan depan sambil berkata ‘’Aku tak sakit, aku tak sakit, aku tak sakitlah!’’.
Akibat dari tengkingan itu, Ayam terus keluar dari rumah tanpa berkata apa apa
lagi. Dulu Ayam tak giat sangat keluar rumah tapi sekarang nampak macam dah tak
boleh duduk rumah walaupun sesaat mungkin sebab dia dah ada awek agaknya.
Meskipun
karya dilema aku telah pun siap tempoh hari, tetapi aku masih merasakan yang
isi isi cerita itu masih boleh ditambah supaya jadi lebih menarik dengan
peristiwa mistik yang sedang aku alami dalam beberapa hari ini.
Sejurus
selepas itu, sekali lagi aku melengkung di kerusi kamar seraya membuka komputer
riba untuk menambah isi isi plot yang sedang asyik bermain di minda aku.
Keasyikkan aku menaip sakan telah membuatkan aku tidak menghiraukan banyak
perkara yang berlaku disekeliling rumah aku seperti bunyi cengkerik, bunyi
hantu mengilai, bunyi hon lori dan bunyi kentot aku sendiri tetapi tiba tiba
aku terangsang untuk mengendahkan satu bunyi ini iaitu bunyi telefon bimbit
nokia 3310 aku.
Aku
terus mengapai telefon bimbit nokia yang berdering kerinyangan dan terus
menekan butang hijau dibelah kanan. Panggilan diangkat rapi dan satu perkara yang
mengembirakan bulu bulu aku terjadi apabila ada salah sebuah syarikat penerbitan
buku menawarkan aku untuk menjadi tunjang utama sebagai kepala syarikat penerbitan
itu akibat dari semangat aku berkarya yang tidak putus putus itu. Syarikat itu
bernama Paradok press, dan tanpa berfikir panjang aku terus menerima tawaran
yang akan menjamin masa depan aku ke arah dunia era 2080 kelak untuk menjadi
salah seorang orang terkaya di Malaysia.
Mimpi
yang hadir di dalam tidur aku tempoh hari bukanlah sekadar mimpi semata namun
ianya adalah sebuah kenyatan apabila proses plot permulaan ke arah menjadi salah
seorang orang terkaya di Malaysia telah aku rasakan sekarang. Meskipun Maria
telah meninggalkan aku dan Ayam juga sudah tidak menghiraukan aku akibat dari
keputusan untuk menjadikan kerjaya seni (segala karya karya yang aku karang)
sebagai punca pendapatan utama aku dan menafikan akademik sebagai faktor
tertinggi jati hidup di era pasca moden itu tidak direstui mereka.
Ironinya
kegembira yang terpancar di wajah aku tiba tiba mengingatkan aku kembali kepada
sejarah hidup pakcik Hilmi yang daif itu. Peralihan plot permulaan, perkembangan
dan konflik hidupnya seiras dengan apa yang sedang aku lalui sekarang. Apakah
diplot klimak dan peleraian hidup aku kelak, aku bakal menjadi miskin daif
seperti pak cik Hilmi atau semua itu hanya sekadar delusi belaka.
No comments:
Post a Comment