·
Nama saya Hilmi rusydi orang panggil Don saya
bukan ustaz dan saya juga bukan hero filem Hindustan iaitu Don sama sekali. Saya
pun tak tahu dari mana datang nama don ni dah kawan kawan saya panggil saya
ikut jelah. Saya takut jugak kalau manalah tahu Don ni maksud dia najis ke
khinzir ke dalam Bahasa itali ke Uganda ke apa ke kan. Sebelum itu saya nak
bagitahu yang saya ni adalah pelajar jurusan seni persembahan majoring tak ada
kerja. Saya kadang kadang tak faham kebanyakkan orang bila zaman belajar mesti
nak cepat habis belajar sebab nak cepat cari kerja.tapi beza pulak dengan
saya, Saya paling takut bila habis belajar ini sebab apa bila kita habis belajar
kita akan masuk satu fasa yang dipanggil fasa mengencing. Fasa mengencing ni
berlaku hanya orang yang dah habis belajar je akan tahu, macam ini contoh
kalau ada member korang Tanya macam ni
“wei bro ko buat apa sekarang?”aku kerja,”kerja apa?’’aku buat bisness.”bisness
pe?” jual kain.”kain apa?kain kapan! Sebab baru semalam ada orang macam kau ni
mati aku pukul.haha tak ada lah saya gurau je. Sebenarnya saya tak kerja pun
tapi nama pun fasa mengencing normalah tu tapi selalunya jawapan nak kencing selamat
kalau kawan kawan saya tanya “kau buat ape sekarang?” aku belajar.kan
senang.haha sekali lagi saya nak cakap yang Nama saya Hilmi rusydi orang
panggil Don saya bukan ustaz don dan saya juga bukan hero filem Hindustan Don tu dan dahulunya di sekolah menengah saya adalah pelajar terbagang jurusan akaun
sebab saya gagal BODEK cikgu saya. Bagi yang tak tahu apa itu jurusan akaun ini,
akaun ni adalah sejenis jurusan yang berkait rapat dengan pelbagai nombor
kecuali nombor ekor je.dan sebenarnya dari sekolah menengah lagi saya dah tahu
dah tentang stand up komedi ni,nak tahu sebab apa,sebab cikgu AKAUN saya bila
masuk kelas dia akan berdiri sorang sorang kat depan dan bercakap satu apa pun
saya tak faham.haha itu lah cerita zaman sekolah menengah saya, dan setelah
tamat belajar di sekolah saya telah menyambung pelajaran saya ke
ipta.(universiti) yang macam saya cakap tadilah dalam jurusan seni
persembahan.waktu zaman kolej,saya ada satu kenalan ni budak serawak ni.nama dia fakruk
jasmani rohani BIN Natang. Saya tak tahu kenapa nama bapak dia macam tu mungkin
dia ada darah haiwan kot. Ya, saya nak cerita sikit pasal fakruk ni dia memang
hebat lah pasal gadget gadget ni..semua benda dia tahu pasal henfon lah
terutamanya macam i-phone samsung oppo loyat. Satu hari tu dia ada cakap
kat saya tentang satu aplikasi dalam telefon pintar ni.maklum lah saya ni memang
tak reti bab bab aplikasi ke air liur basi ke apa ke.so dia cakap wei ko kena
cuba satu aplikasi ni nama di waze.waze ni macam satu aplikasi navigasi pandu
arah utk ke suatu destinasilah lebih kurang macam itu. dia cakap kat saya.jadi
saya pun cakap macam mana nak cuba ni ,dia cakap ok kita lumba ko pakai waze
aku tak payah pakai kita tengok siapa sampai dulu.kau try waze ok. Saya pun oklah
sebab dia pun dah ajar saya mcam mana nak guna semua kitorang pun lumba start
dari puncak perdana nak pegi giant shah alam sekyen 7 kanun kesiksaan.yang
malangnya diakhir perlumbaan kami itu fakruk yang menang dan saya pun tak tahu
kenapa sedangkan dia tak guna kan waze pun.dari situ lah saya baru tahu memang
betullah sbb tu nama aplikasi ni waze.WASTEE TIME!!…Saya pun malas nak fikir
sebab saya dah tahu apa itu waze kan. Saya terus datang dekat fakruk nak
mengucapkan syabas pada dia sbb menang tapi yg sedihnya baru saya tahu
disebabkan bende kecik hari tu kitorang putus kawan.tak ada apa pun yela macam
dalam dunia ni semua org ada nama panggilankan?macam saya hilmi rusydi.orang
panggil don walaupun tak ade kena mengenalah jadi saya datang kat fakruk saya
panggilah dia FUCK ko mmg hebatlah.kau memang FUCK lah FUCK.syabas.haha dari
senyum muka dia terus berubah dan tinggal kan saya kat situ.betulah kata
peribahasa melayu kerana mulut FUCK sentap…Lepas tu saya pun sepi lah dekat
kolej masa tu.tapi tak lah sepi sangat pun sebab tiba tiba saya ada luck kenal dengan
seorang awek ni kat wechat nama dia comel BUKAN NAMA SEBENAR. Saya pun kenalah
dgn dia sampai kami rapat. Satu hari tu comel ajak saya keluar dgn dia tp dia
suruh ajak kawan bilik saya yang ni bukan fakruklah tapi nama dia fakir miskin
bin daif. Saya pun ajak lah si fakir ni teman saya mungkin comel segan kot
kalau berduan tp kalau bertigaan dia tak segan sangat kot biasalah
perempuan. SEsampainya si comel kat tempat saya makan dgn fakir.tak sempat saya
bercakap hai kat comel..dia terus pandang saya dan cakap macam ni “saya dah
jatuh cinta dekat awak.”saya pun apa lagi jeritlah HAPPY gila siot. Saya pun
cakap “saya dah agak dah ungkapan itu hari ini”lepas tu dia cakap kat saya,”apsal
awak HAPPY pulak ni?”,sbb awak cakap awak jatuh cinta dekat saya kan?memang lah
saya HAPPY..”mmg lah saya jatuh cinta dekat awak “kan saya cakap dekat awak BUKAN dengan awak “..habis itu? dekat awak itukan kawan awak BUKAN awak”..kim-ek
betul!! PUNDEK!!. sekali lagi saya nak cakap yang Nama saya
Hilmi rusydi orang panggil Don saya bukan ustaz don dan saya juga bukan hero
filem Hindustan Don.Assalamualaikum
Tulisan didalam blog ini dibanjiri dengan bahasa kolokial atau bahasa harian hanya kerana ingin mementingkan kefahaman semua khalayak Malaysia.
Monday, 30 January 2017
Cerpen AKU DON BUKAN USTAZ
CeritaPendek
Aku Don bukan Ustaz
Nama
saya Don. Saya ni budak kampung, tapi saya bukan Ustaz Don.
Masa saya umur lima belas tahun,
saya tak ingat dah sunat ke belum masa tu tapi untuk pendekkan cerita, anggap
je saya dah bersunat. Ada satu malam jumaat ni, ada ustaz ni ajak baca yasin di
surau. Saya pun ajak dua tiga orang kawan saya pergi surau nak baca yasin. Tapi apa yang menarik saya buat masa orang
lain baca yasin, saya dengan kawan saya kira berapa banyak muka surat yasin tu.
Orang lain selak sambil baca, saya selak sambil kira. Wahid, isnaini sampai habis.
Apa yang menarik bila ke surau baca
yasin malam jumaat ni, mestilah sebab
ada makan-makan. Saya dah membayangkan nasi ayam, kerabu mangga, patin tempoyak
. Tengah saya sedap bersila nak makan, datang
pak imam duduk sebelah saya. Dia tepuk bahu saya, saya ingat dia nak
suruh baca doa. Tapi dia suruh saya tengok semua makanan yang ada dalam pinggan
tu lepas tu dia suruh kira. Saya pun kiralah wahid isnin tslasa sampai habis.
Ada tiga puluh jenis makanan…… ….Air liur dah meleleh nak makan. Lepas saya habis kira, saya pun pandang pak
imam. Pak imam pandang saya balik. Lepas tu dia cakap,
Dah
habis kira, Baliklah.
‘Cis
pak imam, potong stim betul’ saya dengan kawan-kawan saya terus celah dari
surau tu balik rumah. Hai lapar tak makan.
Memandangkan kami takde aktiviti
nak di buat malam jumaat ni, kami pun BCMJ (Buru Cicak Malam Jumaat). Dapat juga
pahala tapi sebalik kami diburu HBMJ ( Hantu Bungkus Malam Jumaat). Saya ada
awek, nama dia Salmah. Saya tak tau kenapa nama dia Salmah, tapi nama dia
Salmah. Saya kenal Salmah ni dekat facebook. Mula-mula risau jugak saya kalau
si Salmah ni sebenarnya tak cantik macam dalam facebook tu.yela takut kat
facebook cantik tapi kat luar cam-taik. Tapi tak apalah saya ambil kesempatan,
saya ajak Salmah ni berjumpa.
Saya ajak Salmah ni berjumpa dekat
pasar malam hujung kampung. saya janji dengan dia nak jumpa dekat bus stop yang
dekat dengan pasar malam tu. Tapi saya takde lah terus jumpa si Salmah ni. Saya
duduk menyorok duduk jauh sikit dari bus stop. Saya nak pastikan yang betul ke
si Salmah ni fotogenik macam dalam facebook. Dekat bus stop tu, saya nampak ada
dua orang perempuan. Sorang nampak macam mak janda, gincu dia tebal sangat.
Saya memang yakin dia tu mak janda. Mak Janda je pakai gincu tebal macam tu.
Siap dengan kasut tinggi. Nak melaram apa dekat pasar malam?
Yang
satu lagi tu dari jauh saya nampak kembang-kembang, lebar-lebar, rendah-rendah,
hitam-hitam. Saya pandang lagi sekali, perhati betul-betul, la…bukan orang,
tong sampah rupanya. Lepas tu ada sorang makwe cun, berjalan ke bus stop.
Sekilas ikan di air, saya tahu ikan patin liar atau ikan patin sangkar. Saya
yakin tu,Salmah fotogenik. Saya pun datang dekat ke Salmah. Saya tegur dia.
Awak ni Salmah ke? Dia mengangguk. Saya pun kenalkan diri saya. Nama saya Don.
Kami pun bersembang, berkenalan, tukar biodata, siap wefie semua. Memandangkan
esok Jumaat saya tak kerja, tapi sebenarnya saya memang tak ada kerja. saya pun
berniat nak ajak Salmah fotogenik ni tengok wayang Suami Aku Ustaz.
Si Salmah pun pandang dengan
renungan makrifat dekat saya. Saya dapat rasakan itu renungan cinta pandang
pertama. Rupanya dia nak cakap, awak ajak saya tengok cerita pasal ustaz ni
awak tak pergi semayang jumaat ke? Lepas tu dia terus berjalan balik tinggalkan
sauya dalam keadaan terkedu ditusuk hempedu saya kat situ.Dari situlah baru
saya tahu bahwa hari jumaat adalah hari paling ngeri bagi seorang lelaki yang
dah baligh macam saya. Tapi saya masih
tak puas hati, saya terus balik rumah saya stalker facebook si Salmah. Rupanya,
dialah anak si pak imam yang suruh saya kira makanan dekat surau hari khamis
malam jumaat suatu masa dahulu tu. Cis, punya nasib.
Saturday, 28 January 2017
Technoformances
Revolusi teknologi dalam teatrikal
Saya ingin memberi pandangan secara peribadi tentang kehadiran pelbagai bentuk teknologi multimedia yang sudah semestinya sangat membantu dalam peredaran sudut teatrikal teater di masa kini. Apa yang saya maksudkan ialah dengan kehadiran teknologi teknologi ini secara tidak langsung telah dapat mempertingatkan mutu teatrikal teater itu dari semasa ke semasa. Kita dapat lihat secara mudah apabila teknologi teatrikal pencahayaan lampu telah berubah dari parcan ke led parcan manakala kalau disebut dari teknologi pentas pula bermula dari pentas biasa ke pentas multifungsi. Secara permukaannya apa yang saya katakan tadi adalah mengenai teknologi atau nama komersialnya technoformances. Revolusi teknologi terhadap teater bagi saya amatlah penting untuk mempertingkatkan mutu persembahan sesebuah teater itu kerana khalayak kini majoritinya saya lihat lebih suka atau lebih mudah mengikut sesebuah teater itu apabila dihidangi dengan konseptual teatrikal persembahan yang estetik melalui kekaguman teknik diguna dalam konsep atau stail persembahan. Khalayak kini seakan tidak bisa menerima kekaguman yang hadir melalui lakonan/ skrip atau idea sahaja dari pembikin pembikin teater ekonomikal atau digelar teater runcit. Saya juga dari kalangan pembikin teater runcit dan bukan dari teater skala besar dan bermodal besar namun saya juga terpaksa mengakui kehendak khalayak teater pada masa kini yang lebih hidup dalam teatrikal technoformances bukan sekadar performances. Maka saya ingin mengatakan bahawa pendapat saya, revolusi teknologi ini amat saya sokong untuk meningkatkan variasi persembahan teater supaya teater dapat dilihat dari persepektif lain berbanding medium seni seangkatan seperti filem, penulisan,arsitektur dan lain lain kerana saya yakin setiap medium seni itu ada kelainan yang tersendiri walaupun hanya sebesar zarah namun ianya tetap ada kelainan. Saya menyeru pada pembikin pembikin teater yang berpeluang mengunakan teknologi teknologi baharu ini haruslah memanfaatkan nilai kekaguman ini mengikut tuntuntan skrip yang dibawa agar sejajar dengan pengaplikasian teknologi dalam karya tersebut bukan sekadar semborono memanipulasi kecanggihan yang telah ada kini.
Tertarik dengan kata kata seorang gadis dari switzerland iaitu Natasha Tsakos " tecnology changing theatre". Yes, i think so!
Saya ingin memberi pandangan secara peribadi tentang kehadiran pelbagai bentuk teknologi multimedia yang sudah semestinya sangat membantu dalam peredaran sudut teatrikal teater di masa kini. Apa yang saya maksudkan ialah dengan kehadiran teknologi teknologi ini secara tidak langsung telah dapat mempertingatkan mutu teatrikal teater itu dari semasa ke semasa. Kita dapat lihat secara mudah apabila teknologi teatrikal pencahayaan lampu telah berubah dari parcan ke led parcan manakala kalau disebut dari teknologi pentas pula bermula dari pentas biasa ke pentas multifungsi. Secara permukaannya apa yang saya katakan tadi adalah mengenai teknologi atau nama komersialnya technoformances. Revolusi teknologi terhadap teater bagi saya amatlah penting untuk mempertingkatkan mutu persembahan sesebuah teater itu kerana khalayak kini majoritinya saya lihat lebih suka atau lebih mudah mengikut sesebuah teater itu apabila dihidangi dengan konseptual teatrikal persembahan yang estetik melalui kekaguman teknik diguna dalam konsep atau stail persembahan. Khalayak kini seakan tidak bisa menerima kekaguman yang hadir melalui lakonan/ skrip atau idea sahaja dari pembikin pembikin teater ekonomikal atau digelar teater runcit. Saya juga dari kalangan pembikin teater runcit dan bukan dari teater skala besar dan bermodal besar namun saya juga terpaksa mengakui kehendak khalayak teater pada masa kini yang lebih hidup dalam teatrikal technoformances bukan sekadar performances. Maka saya ingin mengatakan bahawa pendapat saya, revolusi teknologi ini amat saya sokong untuk meningkatkan variasi persembahan teater supaya teater dapat dilihat dari persepektif lain berbanding medium seni seangkatan seperti filem, penulisan,arsitektur dan lain lain kerana saya yakin setiap medium seni itu ada kelainan yang tersendiri walaupun hanya sebesar zarah namun ianya tetap ada kelainan. Saya menyeru pada pembikin pembikin teater yang berpeluang mengunakan teknologi teknologi baharu ini haruslah memanfaatkan nilai kekaguman ini mengikut tuntuntan skrip yang dibawa agar sejajar dengan pengaplikasian teknologi dalam karya tersebut bukan sekadar semborono memanipulasi kecanggihan yang telah ada kini.
Tertarik dengan kata kata seorang gadis dari switzerland iaitu Natasha Tsakos " tecnology changing theatre". Yes, i think so!
![]() |
| Technoformances |
| Technoformances |
Friday, 27 January 2017
Surat untuk Edward
Sebagai penulis America yang berjaya, saya lihat Mr Edward ni selalu menceritakan tentang pasangan pertengahan usia dalam karya karyanya. Mungkin ada yang menarik tentang ini. Contoh karya karya beliau yang bercirikan seperti yang saya katakan adalah a delicate balance, The goat or who is sylvia, Who afraid of virginia woolf, The sandbox dan Seascape. Apa yang dapat dilihat dalam karya karya yang saya sebut ini banyak persamaan yang hampir ketara namun apa lagi nak dipersoalkan kerana pengarang juga sama pasti telah memberi jiwa yang sama dalam karyanya dalam tidak sedar contohnya macam Wiliam Shakepearekan. Saya fikir pada era skrip skrip Edward sekitar 1960an di tulis pasti ianya satu bentuk yang luar biasa pada zaman itu kerana pemikiran Edward kelihatan advance berbanding penulis penulis di America ketika itu.. maksud saya dia ni unik sikitlah sebab dia seorang penulis yang berfikiran luar dari kotak kerana itulah perkara perkara agak neo absurd pada ketika itu kita dapat kesan dalam karya karya beliau.
"Dulu memang ada pernah terfikir nak pentaskan Seascape ni kat tempat saya ngaji cuma risau khalayak tak bisa mengerti tentang cerita baik ni lalu saya pun pilih lah the goat or who is sylvia utk khalayak".
"Dulu memang ada pernah terfikir nak pentaskan Seascape ni kat tempat saya ngaji cuma risau khalayak tak bisa mengerti tentang cerita baik ni lalu saya pun pilih lah the goat or who is sylvia utk khalayak".
Inspirasi longgar dari naskah The King Of Hamlet
Hamlet of error
Hamlet monolog (dgn upacara sandiwara ini pasti segalanya
akan terbongkar ..biar semua khalayak tahu bahwa kaula pembunuh bapa aku
claudius!!!
(Laertes masuk dgn pantas)
Laertes- nah kau..rasakan!
Hamlet - knp ni?
Laertes - biar semua khalayak tahu juga yg kau lah penyebab
kematian saudara aq!!! Mari kita bertarung!
(Bertarung berdua)
(Keduanya tiba tiba penat)
Laertes - argh aku tak akan biarkan kau hidup hamlet diatas
kematian saudara aku..
Hamlet - kejab! Siapa saudara kau?
Laertes - ophelia!
Hamlet - oh ophelia mati bukan kerana aku tetapi kerana dah
ajal dia..kau kena terima qada dan qadar..
Laertes - loya buruk ya..kau dah tolak cinta dia dan kau
cuba menyembunyikan soal itu!! Berdebah kau.
Hamlet - jgn! kau tak setanding dgn aku laertes pedang kau
pendek..pedang aku panjang..
Laertes - argh pendek ke panjang bkn mslah yg penting
bisanya.!.rasakan tikaman pedang beracun ni...
(Claudius masuk)
Claudius - nanti ! Jgn bunuh dia laertes.
(Hamlet dan laertes tercengang)
(Hamlet bangun)
Hamlet - haha mmg aku menungu kehadiran kau claudius si
pembunuh!!
Laertes- eh knp plak aku tak boleh bunuh dia?
Claudius- sbb dia adalah abang kandung kau.
Laertes- eh apa semua ni..
Claudius- takkan kau nak bunuh darah daging kau?
Halmet - ha aku abang kau?apa yg ko merepek ni
Laertes- asal muka kita tak sama?kau jgn cuba menipu aku..
Claudius - sbb kau berlainan ibu!
Hamlet - hey berengset!! Aku tak percaya..mana buktinya..
Claudius - cuba kau tengok dkt bawah perut kau berdua...ada
persamaan..
Hamlet - apa?
Laertes- apa semua ni?eh samalah..
(Mereka berdua lihat ke arah kote)
Hamlet - argh!! Abis siapa bapak aku??baik kau cakap?sebelum
aku bunuh kau..
Claudius - .jgn bunuh aku..sbb aku lah..
Laertes - woi !ophelia mcm mna?aku kena menuntut bela atas
kematian dia..hari ni jugak!
(Getrude masuk)
Gertrude- tak perlu risau pasal dia..dia bukan saudara kau.
Laertes - what?biar betul.
Hamlet - wah ibuku yg jalang!!
Gertrude- diam! Kau sebenarnya anak aku laertes.
Leartes - benarkah kau ibu aku?
Gertrude - ya..tgk ni..(menujukkan sesuatu)
Laertes - tak aku tak percaya!
Gertrude - percaya!
Laertas - tak!
Gertrude - ya !
Laertes - tak!
Getrude - ya
(Sama sama bersem)
Laertes - ibu..!! ( memeluk ibu)
Hamlet - sudah! hentikan cerita dogeng ni..tidak ada yg
lebih penting selain menamatkan riwayat kamu berdua!( ke arah claudius dan
gertrude)
Gertrude- tidak! kau
berdua harus tahu semua...bapa kandung kau bukan...
Laertes- bukan apa ibuku??katakan..
Hamlet - ah kau semua pendusta.!.aku tak percaya..kau yg
membunuh bapa aku dgn meletak racun ke dalam telinganya..roh si mati selalu
menghantui aku dlm mimpi menyatakan kau la setan paling busuk hati dan tamak
haloba!
Getrude - dia tak bersalah hamlet..
(Laertes tiba tiba menangis)
Laertes - oh rupanya kau bukan saudara aku ophellia..penat2
sahaja aku bertarung dan dtg dr perancis ke sini...
Hamlet - eh laertes sudah tu.! Jgn percaya mereka berdua ni
durjana!
Laertes - oh apa benda semuani..
Hamlet mengambil racun dan dihalang gertrude
Gertrude - jgn bunuh dia..jgn..
Hamlet -tepi tepi..aku harus membunuh lelaki keparat itu di
sini..dihadapan semua rakyat denmark ini! Dan selepas itu kau pula perempuan
jalang!
(menolak gertrude lalu disambut laertes)
Hamlet mengambil racun dan sumbat ke dalam mulut
claudius..dgn semberono.
Gertrude - jgn hamlet!! Jgn....
Hamlet ..- haha nah rasakan kematian yg dinanti nanti..ayah!
Aku suduh menuntut bela di atas kematian mu ...sekarang giliran kau pula( ke
arah gertrude)
Gertrude - jgn..jgn hamlet..diaa sebenarnya..
(Claudius terbaring dan tergaga)
Gertrude - dia itu lah bapa kamu hamlet..claudius.!!
Laertes -ha?
hamlet- what.?
Getrude- kau telah membunuh bapamu kandung kau..
Hamlet -(terkejut)tidak! Abis roh yg menghantui aku itu
siapa??kalau bukan ayahku!
Gertrude - itu hanya mainan tidur kau saja!! Kau selalu
tidur di waktu senja.kau tidur tak basuh kaki!..bapa kau masih hidup..dia laa
bapa kau berdua..
Laertes dan hamlet - aku tak percaya!! apa buktinya!!
Gertrude- cuba tgk bwh perut dia...
(Mereka berdua pergi ke arah kote bpa hamlet dan memandang
satu sama lain..)
Laertes dan hamlet - eh samalah.
Tamat.
Belom Dapat untuk Klpac
(Amir
berada d i atas satu bangunan yang tinggi . Sambil menangis , dia bersedia
untuk mengakhiri hidupnya.)
Amir1
: (menangis) Semua salah aku.
semua
ini salah aku Leha menghampiri Amir dari belakang
amir
2 : Errr, excuse me
Amir
1: Ahhhh! Jangan kacau aku! Dah tak ada apa-apa kat dunia ni untuk aku. Semua
salah aku…
Amir
2: Okay…fine, semua salah awak. Saya just nak tanya, awak lama lagi ke?
Amir
: Lama lagi? Leha : yea, lama lagi ke? Awak ingat awak seorang je yang nak
lompat malam ni? Dah lama dah saya tunggu awak kat belakang sana tu. Kalau nak
lompat, lompat. Kalau tak, tepi.
Amir
1 : (Amir pusing menghadap amir 2) Kau…bukan polis?
Amir
2 : Polis? Eh tak. Saya, amir
Amir
1: Bukan, maksud aku, kau bukan kat sini sebab nak halang aku ke?
Amir 2 : Halang awak? Eh tak kuasa saya. Kenal
pun tak. Kalau awak nak lompat, itu hal awak. Saya siapa nak halang awak.
Amir : Kau…kenapa kau nak lompat?
Amir 2 : Eh eh dia ni, tadi duduk
menjerit-jerit la, marah-marah la. Tetibe nak berborak. Nama pun tak tahu!
Amir
1 : aku…Amir
Amir
2: (pandang Amir dari atas ke bawah) Fine,
Amir.
Saya cerita. Tapi lepas ni awak kena decide nak lompat ke tak. Saya tak ada masa
ni. Amir mengangguk.
Amir
2: Okay, minggu lepas, birthday saya. So, saya cakap kat mama yang saya nak
phone yang baru tu, yang iPhone10 color pink tu. Mama cakap okay, so saya pun
excited la. Terus saya post kat FB, Twitter, Instagram, Snapchat, Myspace,
Friendster, semua tu la. Kawan-kawan saya pun tak sabar nak tengok phone baru
saya.
Amir
1 : Apa kaitannya dengan kau nak bunuh diri ni?
Amir
2: Sabar la! Tak habis lagi ni. Anyway, finally semalam, bila dah birthday
saya, mama pun bagi phone baru tu. Tapi…something went wrong with mama
Amir
1: Oh, amir…Mak kau
Amir
2: BELI PHONE SAMSUNG!
Amir
: heh?
Amir
2 : Dia beli phone Samsung apa entah! Saya dah cakap berjuta kali dah nak
iPhone tu and she bought a Samsung? Siapa guna Samsung?! Ya Allah, bayangkan la
bengang nya dengan malunya bila saya buka kotak present tu. Saya pun tetiba
terfikir, semua kawan kawan saya dah tahu yang saya akan dapat iPhone. Eeeee,
tak sanggup lah nak hadap diorang nanti. Jadi, saya pun buatlah keputusan untuk
lompat malam ni and all my troubles will go away.
Amir 1: Kau, Kau bodoh ke apa?!
Amir
2: excuse me?
Amir
1: Kau nak bunuh diri sebab mak kau beli phone salah? Eh, orang lain ada
masalah jauh lagi besar tau. Ada orang mati sebab tak cukup makan, tak cukup
duit nak support keluarga, atau mungkin diorang ada cancer ke apa. Tapi kau,
kau nak buang masa depan kau, sebab mak kau beli phone salah? Dasar budak
manja!
Amir
2: Hey! Kenapa saya nak bunuh diri and macam mana I live my life, bukan hal
awak! Awak ingat, awak boleh sesuka hati nak judge saya dengan life choices
saya? Cuba awak pula cerita kenapa awak ada dekat atas ni?
Amir
1 : Aku? Kau nak tahu kenapa aku ada kat atas ni? Fine! Aku ada kat atas ni
sebab akulah penyebab anak aku dan ibu dia mati!
(Dua-dua
tersenyap sekejap. Amir terduduk.)
Amir 2: Amir…
Amir
1 : Sebab aku lah dia mengandung. Sebab aku lah dia kena buang keluarga dia.
Dan sebab aku lah dia sedang hidup sesorang dengan anak haram tu. Doktor cakap
lagi tiga minggu dia akan bersalin dan dia mintak pertolongan aku. Bila aku
cakap aku taknak tanggung bayi itu, dia ugut nak beritahu mak bapak aku.
Amir
2 : So, dia masih hidup la?
Amir
1: Memang la dia masih hidup. Tapi sebab aku, aku dah jahanamkan masa depan dia
dengan bayi tu. Perempuan mengandung bawah umur, hidup seorang, tak bekerja ke
apa dan dia terpaksa menjaga bayi tu seorang. Siapa boleh hidup macam tu? dan
aku, aku pun bakal hidup macam tu juga bila dia beritahu mak bapak aku. Lebih
baik aku lompat sekarang daripada hidup seksa macam tu. aku tak layak pun
dipanggil sampah masyarakat.
Amir
2 : Amir…awak…lagi bodoh rupanya.
Amir 1: Apa kau cakap?
Amir
2: Yea bodoh. Awak bodoh, jahat, selfish, semua pun awak. Ke awak pekak sekali
sampai saya kene ulang lagi.
Amir 1: Kau!-
Amir
2 : Saya apa? Bodoh? Sebodoh-bodoh saya pun, saya takkan buat semua benda yang
awak buat tu. Amir, everyone makes mistakes. Tak kisah lah kecil ke besar. Tapi
the reason awak jauh lagi bodoh daripada saya is because awak nak give up and
lompat terus, without even knowing kalau this will turn out good or bad.
Amir
1: Hey! Kau pekak ke apa? Aku baru cakap dia akan beritahu mak bapak aku. Kalau
diorang tahu apa aku buat, confirm diorang pancung kepala aku.
Amir
2 : macam mana awak tahu tu? macam mana awak tahu diorang takkan tolong awak
instead?
Amir
1: aku…aku tahu lah! Fikir la logic sikit? Mak bapak siapa nak support anak
anak diorang lepas diorang dah buat benda benda bodoh ni? Kau tengok la awek
aku tu
Amir
2: Exactly Amir, awak tengok sahaja awek awak tu. awak yang enjoy main dengan
dia and now dia yang kena tanggung baby tu. Awak balik rumah tak buat apa apa,
tapi dia tak ada rumah pun nak balik to. And now dia ugut awak sikit untuk
tolong dia with her almost baby, and suddenly, awak yang nak bunuh diri? Cuba
tanya balik Amir, siapa yang patut ada kat atas ni sekarang?
Amir 1: Aku..D-Dia…Argghhh!! Diam ah! Kau tahu
apa? Tetiba je jadi pro pasal siapa yang patut bunuh diri. Eh, kau cuba cerita
balik asal kau ada kat atas ni?
Amir 2: Fine Amir, saya mengaku. Saya mengaku
saya nak bunuh diri sebab phone bodoh ni. Tapi
Amir
1 : Ha! Kau baru cakap tadi. Okay, sekarang jom kita main game. Siapa yang lagi
layak mati. Seorang yang baru jahanamkan hidup semua orang keliling dia ataupun
seorang yang tak dapat phone yang dia nak sangat selama ni? Sebelum anda jawab,
meh, saya bagi satu hint. Orang yang lagi layak mati tu, ada kote!
(Amir
2 senyap sekejap)
Amir
1: aku ada kote!
Amir
2 : okey kalau macam tu kau lompat dulu..
Amir
1 : habis tu ko tak ada kote ke?
Amir
2 : ishhh I ada r!
Amir
1: mana..?
Amir
2 : ni!…(tnjuk arah bawah perut)
Amir
1 : bukaklah..!…
Amir
2 : arghhh diamlah..cepatlahh lompat kalau rasa ada kote sangat..
Amir
1 :kau cabar aku ya? Baik!...tengok ni..1..2..huhh
Amir
2 : ha…apsal tak lompat..pengecut ..tak ada kote..
Amir1
:ok kalau kau berani sangat..kalau ko punya tu..besar sangat..terjunla..
Amir
2: eee tak ada kote..tak ada kote…(mengejek)
Amir
1:cepatlahhh terjunn!!!!!!pondannnnnnn.
Amir
2 : ok i…lompat…tapi u kena tutup mata dulu..janji ok???
Amir1
:yela..yelaa cepat aku tutup mata(sambal menutup mata)
Amir
2 : okey…I kira..satu…duaa…arghhh(I tak sanggup mati..(menangis lawak)ohh
tidak..
(Pergi
ke arah amir 2 dan menepuknya)
Amir
1 :kau ni apahal ha..nak lompat..lompat jela…
(bergaduh
gaduh amir 1 mencekik amir 2)
Amir
2: oh tidak…jangan I tak sanggup plissss
(tiba
tiba ada satu lelaki sindrom berkote besar yang datang dari arah penonton
berpakaian serba hitam memandang mereka berdua dan terus melompat ke bawah
tanpa berkata apa apa)
Amir
1 : ha..besar nya..(exaggeration)
Amir
2 : ishhh kote besar..(menunjukkan ke arah kote)
Amir
1 : eh dia nak lompat tu..tolong weii (exaggeration)
Amir
2 : ehhhh jangan…
(Lelaki
itu terus melompat ke bawah)
(mereka
berdua buat gaya mengapai lelaki yang terjun ke bawah itu)
Amir 2 : oh
my god..I need that shitt….(sedih)
Amir 1 :
amir..ko kat mana..oiiiii amir..
Amir 2 : Gotcha!!!
Yeay..
Rhomadhon
RHOMADHON
Lokasi: Pondok tempat tunggu bas
(Manap
mengeluh sambal menyumpah yumpah majikannya setelah dibunag
kerja pada bulan Ramadhan)
Manap: Kurang
ajar betul bangla tu buang aku kerja,dahlah sekarang ni bulan Ramadhan,aku
dahlah puasa hari ni,erm kalau dekat Malaysia orang bangladesh boleh jadi
boss,maknanya dekat Bangladesh orang Malaysia lah jadi boss,ok cun esok aku nak
pergi mintak kerja kat Bangladesh confirm aku jadi boss lepas tu aku nak buang
orang bangla bangla tu.hahaha
(Sambil berdiri dan tengok kiri dan kanan,melihat
tiada seorang
pun manusia
yang menunggu bas pada waktu itu)
Manap: Erm
taka da orang lagilah hari ni, ha jangan jangan bas taka da lagi hari ni(tengok
dibelakang tong sampah) huh..nasib baik taka da notis yang bas tak lalu sini
hari ini..lega aku.tapi pelik jugak kenapalah tak ada orang hari yang aku
tunggu ni..(senyum tiba tiba)tapi bagus jugak taka da orang haha sebab aku ada
bawak(keluarkan roti dalam beg) ha roti! Masa nilah sesuai untuk aku berbuka puasa
tengah hari ni…hahaha
(Manap
ingin memakan roti itu dengan gembiranya tiba tiba dia
teringat sesuatu)
V.O (
Manap…oh Manap kan ayah dah pesan,puasa,jangan tinggal puasa,itu rukun islam Manap)
(Manap
insaf seketika..tetapi..)
Manap: Argh lagi pun abah bukan ada kat sini
pun..aku
tak kira aku lapar..
(Manap memasukkan
roti itu hampir ke dalam mulut..tiba tiba.)
V.O ( Awak,
awak tahu tak sebab apa saya tinggalkan awak?sebab
awak tak puasa,awak tipu saya,,awak selalu
makan sebelum
waktu berbuka..awak ni teruklah!!!.)
(Manap teringat
kata kata bekas kekasihnya sejenak)
Manap: Alaa kau tinggalkan aku bukan sebab aku
tak
puasa tapi sebab kau dah dapat
lelaki
lain…sudah lah..(Sedih sambil
memegang roti)
dah pergi semua..aku nak makan
gak…satu,dua,tiga...
(Masuk lagu
raihan, Manap terus menyorokkan rotinya
dibelakangnya,dan Firman masuk perlahan lahan
dengan senyum
suci)
(Firman berdiri
di belah kanan pentas dan Manap duduk di atas
kerusi belah kiri sambil mengangkat telefonnya
yang berbunyi
sebentar tadi selaras dengan waktu Firman
berdiri di belah
kanan pentas)
Manap: Ya..walaikumsalam mak,ya…manap puasa..ya
manap tengah kerja ni
mak…ok..ok..
(panggilan terus dimatikan)
(Manap
dan Firman saling berpandangan sesama mereka lalu Firman
mengambil keputusan untuk duduk di sebelah
Manap)
Firman: Mungkin ana tidak dapat melihat apa yang
ante
lakukan
sebentar tadi,tetapi sudah pasti tuhan itu maha melihat segalanya..
(Manap
kelihatan mula berasa serba salah)
Manap: Eh
apa yang saya lakukan,saya hanya menjawab
pangilan ibu saya..
Firman: (Gelak sinis) Puasa ini mengajar kita
umat
islam
untuk menahan lapar dan dahaga,dan juga bukan sahaja menahan lapar dan dahaga
akan tetapi kita juga harus menahan segala tingkah laku kita wahai
saudaraku..sesungguhnya ianya adalah rukun islam yang keempat..
(Manap jadi
serba salah sekali lagi dan keliru)
Manap: Sekejap,awak ni sapa?datang dari
mana?saya tak
pernah
tengok pun kat sini..dengan berjubah tengah tengah hari ni..?
(Firman
menghulurkan tangannya kepada Manap)
(Lagu ya
ana munafik berkumandang seketika)
Firman: Nama ana Firman,ana bukan orang sini,ana
seorang musafir..
Manap: Oh musafir…jadi awak ni tunggu bas jugak
ke
kat sini?
Firman: Tidak sebenar ana berjalan jalan di
sekitar
sini
untuk mencari manusia manusia yang baik hati,pemurah untuk mendermakan sedikit
wang ringgit untuk badan badan yang memerlukan..(menujukkna boring panti
asuhan) ini dia boring panti asuhan,marilah kita berbuat baik dibulan ramadan
ni.
(Berfikir
dan mengeluarkan kata kata dalam hati)
V.O (Aku
dah lah kena buang kerja tadi ni sekarang ko nak mintak
aku duit pulak,patutlah berjubah
semacam..)
Manap: Oh jadi awak ni geng dengan budak budak
yang
selalu
mintak mintak derma kat sinilah ni..kira awak ni level atas sikit lah dari
budak budak tu,..sebab pandai berkata kata..
(Manap menutup
mulut Firman dengan jarinya tatkala Firman ingin
mengeluarkan kata kata)
Manap: Dah cukup!tak perlu cakap apa apa lagi, amik
ni..seringit.
(Firman
memnadang wajah Manap seakan tidak cukup wang yang
diberikan)
Manap: Ok dah nah lagi seringit..
(Firman
masih lagi melihat wajah Manap dan melihat duit ditanganya)
Manap: Tak
cukup jugak?nah lah semua..amik.nah nah!!
(Firman
pula menutup mulut Manap dengan jarinya dan berkata)
Firman: Alhamdulillah..semoga ante dimurah rezeki
di
bulan
Ramadhan ini..(Menghulur tangan dan memberi salam pada Manap) assalamualaikum.
(Firman
terus beredar dari stesen bas itu dengan wajahnya yang
suci)
(Manap
melihat Firman beredar dengan muka tidak puas hati.dan
mengeluarkan roti yang disorokkan
dibelakangnya itu)
Manap: Aku dah agak dah,ini mesti geng geng
sindekit
dekat dekat sini,pura pura bukan
orang sini
lah apalah..adui ni dah kali
ke berapa aku
terkena ni..dia jual nama
islam
je,terus kita semua kena
tipu..lepas
ni kalua dating lagi orang
macam ni
memang tak lah aku nak
bagi..sumpah..erm
roti ni tak jadilaj nak
makan..aku
nak puasalah hari
ni.(Membuang
roti ke dalam tong sampah)
(Tiba tiba
masuk seorang lagi lelaki berjubah dan berserban mampir
kearah Manap di sebelah kanan.)
(Mereka
saling berpandangan antara satu sama yang lain)
(lelaki itu
mampir pelahan lahan dan duduk disebelah Manap)
(Manap
terus bangkit dari kerusi dan lantas beredar sambil
berteriak)
Manap: Teksi,teksi.. (Melambai lambai seakan ada
teksi dihadapan nya dan
terus beredar
meningalkan lelaki itu)
(Lelaki itu
melihat dengan wajah tidak tahu apa)
Tamat
Subscribe to:
Comments (Atom)





