Monday, 5 June 2017

Manifestasi Jenerasi Anak Alam (ditubuh pada 1 May 1974)

Manifestasi Jenerasi Anak Alam  (ditubuh pada 1 May 1974)

Di sekeliling kami mesin-mesin mulai berkuasa, manusia-manusia menilai sesuatu di atas hitam dan putih semata, dan kebenaran hanya, diperuntukkan kepada satu sumber yang telah ditentukan terlebih dahulu, dan kesenian satu hobi yang ditampalkan kepada status hidup.
Di sekeliing kami berguguran kata-kata tentang ‘seni’ dan ucapan-ucapan terhadap seni dari orang-orang yang tidak mengenal apa lagi punya apresiasi terhadap seni.
Dan di sekeliing kami kehijauan mulai bertukar kepada batu-bata dan kaca dengan debu yang dipaksakan kepada kami menyedutnya tiap detik waktu.
Dan dikeliling kami tali dan jaring birokrasi semakin menceruti gerak langkah dan tuturkata sehingga kami merasa kehilangan diri dan realiti.
Kami jenerasi anak alam. Dengan kesedaran di atas dan dengan cinta yang hangat kepada seribu warna dan kebebasan kemanusiaan menyatakan kehadiran kami dalam satu tenaga seniman untuk berkomunikasi dengan alam keliling dengan warna bahasa dan garisbentuk sebagai pengucapan kami yang dikenal oleh manusia sejagat.
Jenerasi kami adalah wadah kegiatan dan kesanggupan di mana idea dan imajinasi seniman diterapkan dengan kejujuran dan sifat kebenarannya.
Semua seniman dari cabang seni yang merasakan getaran dan keharuan yang sama dengan manifestasi ini adalah saudara-saudara kami yang satu wadah. Tidak ada perbatasan keturunan, warna kulit, kepercayaan, usia, jantina dan ukuran rambut bagi jenerasi anak alam

Coretan daily seni
Koloni anak alam
2016

Wednesday, 22 February 2017

Teater Modular 2017

Trivia teater playlet Panik di pusat undi karya Ridhwan Saidi dan arahan saya sendiri.

Saya tertarik dengan karya ini kerana itu saya memilih untuk menyatakan saya ingin mengarah karya pendek panik di pusat undi ini secara total. Perkara pertama yang membuatkan saya berkeinginan jitu setelah membacan karya panik di pusat undi ini adalah karya ini telah menostalgiakan saya pada karya samuel beckett berjudul waiting for godot kerana rasa HAMPA menunggu sesuatu yang tidak pasti. Samuel beckett punyai Vladimir dan Estragon manakala Ridhwan mempunyai Malik dan Zakir sebagai tools di dalam karyanya. Rasa atau emosi seorang penunggu HAMPA yang tegar ini lah yang akan saya potreykan secara total di dalam pengarahan saya pada kali ini melalui gaya dan konsep teatrikal. Boleh dikatakan saya cuba untuk mengekprimentasikan "RASA HAMPA" dengan lebih dekat pada khalayak yang menonton. Jikalau berkelapagan pada 15 hingga 19 mac ini di studio revolution stage, boleh lah datang menonton 4 playlet dari ridhwan saidi berjudul teater modular yang akan memberi satu konsep dan gaya persembahan yang minimal tetapi unik kerana di upacara teater modular ini mempunyai 4 pengarah berlainan rasa maka sentuhan dari setiap pengarah juga pasti beraneka dan bermutu.

8


#teaterModular
#teaterMalaysia
#teaterpilihan

Monday, 30 January 2017

Stand up comedy saudara monolog

·         Nama saya Hilmi rusydi orang panggil Don saya bukan ustaz dan saya juga bukan hero filem Hindustan iaitu Don sama sekali. Saya pun tak tahu dari mana datang nama don ni dah kawan kawan saya panggil saya ikut jelah. Saya takut jugak kalau manalah tahu Don ni maksud dia najis ke khinzir ke dalam Bahasa itali ke Uganda ke apa ke kan. Sebelum itu saya nak bagitahu yang saya ni adalah pelajar jurusan seni persembahan majoring tak ada kerja. Saya kadang kadang tak faham kebanyakkan orang bila zaman belajar mesti nak cepat habis belajar sebab nak cepat cari kerja.tapi beza pulak dengan saya, Saya paling takut bila habis belajar ini sebab apa bila kita habis belajar kita akan masuk satu fasa yang dipanggil fasa mengencing. Fasa mengencing ni berlaku hanya orang yang dah habis belajar je akan tahu, macam ini contoh kalau  ada member korang Tanya macam ni “wei bro ko buat apa sekarang?”aku kerja,”kerja apa?’’aku buat bisness.”bisness pe?” jual kain.”kain apa?kain kapan! Sebab baru semalam ada orang macam kau ni mati aku pukul.haha tak ada lah saya gurau je. Sebenarnya saya tak kerja pun tapi nama pun fasa mengencing normalah tu tapi selalunya jawapan nak kencing selamat kalau kawan kawan saya tanya “kau buat ape sekarang?” aku belajar.kan senang.haha sekali lagi saya nak cakap yang Nama saya Hilmi rusydi orang panggil Don saya bukan ustaz don dan saya juga bukan hero filem Hindustan Don tu dan dahulunya di sekolah menengah saya adalah pelajar terbagang jurusan akaun sebab saya gagal BODEK cikgu saya. Bagi yang tak tahu apa itu jurusan akaun ini, akaun ni adalah sejenis jurusan yang berkait rapat dengan pelbagai nombor kecuali nombor ekor je.dan sebenarnya dari sekolah menengah lagi saya dah tahu dah tentang stand up komedi ni,nak tahu sebab apa,sebab cikgu AKAUN saya bila masuk kelas dia akan berdiri sorang sorang kat depan dan bercakap satu apa pun saya tak faham.haha itu lah cerita zaman sekolah menengah saya, dan setelah tamat belajar di sekolah saya telah menyambung pelajaran saya ke ipta.(universiti) yang macam saya cakap tadilah dalam jurusan seni persembahan.waktu zaman kolej,saya ada satu kenalan ni budak serawak ni.nama dia fakruk jasmani rohani BIN Natang. Saya tak tahu kenapa nama bapak dia macam tu mungkin dia ada darah haiwan kot. Ya, saya nak cerita sikit pasal fakruk ni dia memang hebat lah pasal gadget gadget ni..semua benda dia tahu pasal henfon lah terutamanya macam i-phone samsung oppo loyat. Satu hari tu dia ada cakap kat saya tentang satu aplikasi dalam telefon pintar ni.maklum lah saya ni memang tak reti bab bab aplikasi ke air liur basi ke apa ke.so dia cakap wei ko kena cuba satu aplikasi ni nama di waze.waze ni macam satu aplikasi navigasi pandu arah utk ke suatu destinasilah lebih kurang macam itu. dia cakap kat saya.jadi saya pun cakap macam mana nak cuba ni ,dia cakap ok kita lumba ko pakai waze aku tak payah pakai kita tengok siapa sampai dulu.kau try waze ok. Saya pun oklah sebab dia pun dah ajar saya mcam mana nak guna semua kitorang pun lumba start dari puncak perdana nak pegi giant shah alam sekyen 7 kanun kesiksaan.yang malangnya diakhir perlumbaan kami itu fakruk yang menang dan saya pun tak tahu kenapa sedangkan dia tak guna kan waze pun.dari situ lah saya baru tahu memang betullah sbb tu nama aplikasi ni waze.WASTEE TIME!!…Saya pun malas nak fikir sebab saya dah tahu apa itu waze kan. Saya terus datang dekat fakruk nak mengucapkan syabas pada dia sbb menang tapi yg sedihnya baru saya tahu disebabkan bende kecik hari tu kitorang putus kawan.tak ada apa pun yela macam dalam dunia ni semua org ada nama panggilankan?macam saya hilmi rusydi.orang panggil don walaupun tak ade kena mengenalah jadi saya datang kat fakruk saya panggilah dia FUCK ko mmg hebatlah.kau memang FUCK lah FUCK.syabas.haha dari senyum muka dia terus berubah dan tinggal kan saya kat situ.betulah kata peribahasa melayu kerana mulut FUCK sentap…Lepas tu saya pun sepi lah dekat kolej masa tu.tapi tak lah sepi sangat pun sebab tiba tiba saya ada luck kenal dengan seorang awek ni kat wechat nama dia comel BUKAN NAMA SEBENAR. Saya pun kenalah dgn dia sampai kami rapat. Satu hari tu comel ajak saya keluar dgn dia tp dia suruh ajak kawan bilik saya yang ni bukan fakruklah tapi nama dia fakir miskin bin daif. Saya pun ajak lah si fakir ni teman saya mungkin comel segan kot kalau berduan tp kalau bertigaan dia tak segan sangat kot biasalah perempuan. SEsampainya si comel kat tempat saya makan dgn fakir.tak sempat saya bercakap hai kat comel..dia terus pandang saya dan cakap macam ni “saya dah jatuh cinta dekat awak.”saya pun apa lagi jeritlah HAPPY gila siot. Saya pun cakap “saya dah agak dah ungkapan itu hari ini”lepas tu dia cakap kat saya,”apsal awak HAPPY pulak ni?”,sbb awak cakap awak jatuh cinta dekat saya kan?memang lah saya HAPPY..”mmg lah saya jatuh cinta dekat awak “kan saya cakap dekat awak BUKAN dengan awak “..habis itu? dekat awak itukan kawan awak BUKAN awak”..kim-ek betul!! PUNDEK!!. sekali lagi saya nak cakap yang Nama saya Hilmi rusydi orang panggil Don saya bukan ustaz don dan saya juga bukan hero filem Hindustan Don.Assalamualaikum

Cerpen AKU DON BUKAN USTAZ


CeritaPendek
Aku Don bukan Ustaz


Nama saya Don. Saya ni budak kampung, tapi saya bukan Ustaz Don.
Masa saya umur lima belas tahun, saya tak ingat dah sunat ke belum masa tu tapi untuk pendekkan cerita, anggap je saya dah bersunat. Ada satu malam jumaat ni, ada ustaz ni ajak baca yasin di surau. Saya pun ajak dua tiga orang kawan saya pergi surau nak baca yasin.  Tapi apa yang menarik saya buat masa orang lain baca yasin, saya dengan kawan saya kira berapa banyak muka surat yasin tu. Orang lain selak sambil baca, saya selak sambil kira. Wahid, isnaini  sampai habis.
Apa yang menarik bila ke surau baca yasin malam jumaat  ni, mestilah sebab ada makan-makan. Saya dah membayangkan nasi ayam, kerabu mangga, patin tempoyak . Tengah saya sedap bersila nak makan, datang  pak imam duduk sebelah saya. Dia tepuk bahu saya, saya ingat dia nak suruh baca doa. Tapi dia suruh saya tengok semua makanan yang ada dalam pinggan tu lepas tu dia suruh kira. Saya pun kiralah wahid isnin tslasa sampai habis. Ada tiga puluh jenis makanan…… ….Air liur dah meleleh nak makan.  Lepas saya habis kira, saya pun pandang pak imam. Pak imam pandang saya balik. Lepas tu dia cakap,
Dah habis kira, Baliklah.
‘Cis pak imam, potong stim betul’ saya dengan kawan-kawan saya terus celah dari surau tu balik rumah. Hai lapar tak makan.
Memandangkan kami takde aktiviti nak di buat malam jumaat ni, kami pun BCMJ (Buru Cicak Malam Jumaat). Dapat juga pahala tapi sebalik kami diburu HBMJ ( Hantu Bungkus Malam Jumaat). Saya ada awek, nama dia Salmah. Saya tak tau kenapa nama dia Salmah, tapi nama dia Salmah. Saya kenal Salmah ni dekat facebook. Mula-mula risau jugak saya kalau si Salmah ni sebenarnya tak cantik macam dalam facebook tu.yela takut kat facebook cantik tapi kat luar cam-taik. Tapi tak apalah saya ambil kesempatan, saya ajak Salmah ni berjumpa.
Saya ajak Salmah ni berjumpa dekat pasar malam hujung kampung. saya janji dengan dia nak jumpa dekat bus stop yang dekat dengan pasar malam tu. Tapi saya takde lah terus jumpa si Salmah ni. Saya duduk menyorok duduk jauh sikit dari bus stop. Saya nak pastikan yang betul ke si Salmah ni fotogenik macam dalam facebook. Dekat bus stop tu, saya nampak ada dua orang perempuan. Sorang nampak macam mak janda, gincu dia tebal sangat. Saya memang yakin dia tu mak janda. Mak Janda je pakai gincu tebal macam tu. Siap dengan kasut tinggi. Nak melaram apa dekat pasar malam?

Yang satu lagi tu dari jauh saya nampak kembang-kembang, lebar-lebar, rendah-rendah, hitam-hitam. Saya pandang lagi sekali, perhati betul-betul, la…bukan orang, tong sampah rupanya. Lepas tu ada sorang makwe cun, berjalan ke bus stop. Sekilas ikan di air, saya tahu ikan patin liar atau ikan patin sangkar. Saya yakin tu,Salmah fotogenik. Saya pun datang dekat ke Salmah. Saya tegur dia. Awak ni Salmah ke? Dia mengangguk. Saya pun kenalkan diri saya. Nama saya Don. Kami pun bersembang, berkenalan, tukar biodata, siap wefie semua. Memandangkan esok Jumaat saya tak kerja, tapi sebenarnya saya memang tak ada kerja. saya pun berniat nak ajak Salmah fotogenik ni tengok wayang Suami Aku Ustaz.
Si Salmah pun pandang dengan renungan makrifat dekat saya. Saya dapat rasakan itu renungan cinta pandang pertama. Rupanya dia nak cakap, awak ajak saya tengok cerita pasal ustaz ni awak tak pergi semayang jumaat ke? Lepas tu dia terus berjalan balik tinggalkan sauya dalam keadaan terkedu ditusuk hempedu saya kat situ.Dari situlah baru saya tahu bahwa hari jumaat adalah hari paling ngeri bagi seorang lelaki yang dah baligh macam saya.  Tapi saya masih tak puas hati, saya terus balik rumah saya stalker facebook si Salmah. Rupanya, dialah anak si pak imam yang suruh saya kira makanan dekat surau hari khamis malam jumaat suatu masa dahulu tu. Cis, punya nasib.


Saturday, 28 January 2017

Technoformances

Revolusi teknologi dalam teatrikal

Saya ingin memberi pandangan secara peribadi tentang kehadiran pelbagai bentuk teknologi multimedia yang sudah semestinya sangat membantu dalam peredaran sudut teatrikal teater di masa kini. Apa yang saya maksudkan ialah dengan kehadiran teknologi teknologi ini secara tidak langsung telah dapat mempertingatkan mutu teatrikal teater itu dari semasa ke semasa. Kita dapat lihat secara mudah apabila teknologi teatrikal pencahayaan lampu telah berubah dari parcan ke led parcan manakala kalau disebut dari teknologi pentas pula bermula dari pentas biasa ke pentas multifungsi. Secara permukaannya apa yang saya katakan tadi adalah mengenai teknologi atau nama komersialnya technoformances. Revolusi teknologi terhadap teater bagi saya amatlah penting untuk mempertingkatkan mutu persembahan sesebuah teater itu kerana khalayak kini majoritinya saya lihat lebih suka atau lebih mudah mengikut sesebuah teater itu apabila dihidangi dengan konseptual teatrikal persembahan yang estetik melalui kekaguman teknik diguna dalam konsep atau stail persembahan. Khalayak kini seakan tidak bisa menerima kekaguman yang hadir melalui lakonan/ skrip atau idea sahaja dari pembikin pembikin teater ekonomikal atau digelar teater runcit. Saya juga dari kalangan pembikin teater runcit dan bukan  dari teater skala besar dan bermodal besar namun saya juga terpaksa mengakui kehendak khalayak teater pada masa kini yang lebih hidup dalam teatrikal technoformances bukan sekadar performances. Maka saya ingin mengatakan bahawa pendapat saya, revolusi teknologi ini amat saya sokong untuk meningkatkan variasi persembahan teater supaya teater dapat dilihat dari persepektif lain berbanding medium seni seangkatan seperti filem, penulisan,arsitektur dan lain lain kerana saya yakin setiap medium seni itu ada kelainan yang tersendiri walaupun hanya sebesar zarah namun ianya tetap ada kelainan. Saya menyeru pada pembikin pembikin teater yang berpeluang mengunakan teknologi teknologi baharu ini haruslah memanfaatkan nilai kekaguman ini mengikut tuntuntan skrip yang dibawa agar sejajar dengan pengaplikasian teknologi dalam karya tersebut bukan sekadar semborono memanipulasi kecanggihan yang telah ada kini.

Tertarik dengan kata kata seorang gadis dari switzerland iaitu Natasha Tsakos " tecnology changing theatre". Yes, i think so!


Technoformances
Technoformances

Friday, 27 January 2017

Surat untuk Edward

Sebagai penulis America yang berjaya, saya lihat Mr Edward ni selalu menceritakan tentang pasangan pertengahan usia dalam karya karyanya. Mungkin ada yang menarik tentang ini. Contoh karya karya beliau yang bercirikan seperti yang saya katakan adalah a delicate balance, The goat or who is sylvia, Who afraid of virginia woolf, The sandbox dan Seascape. Apa yang dapat dilihat dalam karya karya yang saya sebut ini banyak persamaan yang hampir ketara namun apa lagi nak dipersoalkan kerana pengarang juga sama pasti telah memberi jiwa yang sama dalam karyanya dalam tidak sedar contohnya macam Wiliam Shakepearekan. Saya fikir pada era skrip skrip Edward sekitar 1960an di tulis pasti ianya satu bentuk yang luar biasa pada zaman itu kerana pemikiran Edward kelihatan advance berbanding penulis penulis di America ketika itu.. maksud saya dia ni unik sikitlah sebab dia seorang penulis yang berfikiran luar dari kotak kerana itulah perkara perkara agak neo absurd pada ketika itu kita dapat kesan dalam karya karya beliau.



"Dulu memang ada pernah terfikir nak pentaskan Seascape ni kat tempat saya ngaji cuma risau khalayak tak bisa mengerti tentang cerita baik ni lalu saya pun pilih lah the goat or who is sylvia utk khalayak".

Inspirasi longgar dari naskah The King Of Hamlet

Hamlet of error

Hamlet monolog (dgn upacara sandiwara ini pasti segalanya akan terbongkar ..biar semua khalayak tahu bahwa kaula pembunuh bapa aku claudius!!!

(Laertes masuk dgn pantas)


Laertes- nah kau..rasakan!

Hamlet - knp ni?

Laertes - biar semua khalayak tahu juga yg kau lah penyebab kematian saudara aq!!! Mari kita bertarung!

(Bertarung berdua)

(Keduanya tiba tiba penat)

Laertes - argh aku tak akan biarkan kau hidup hamlet diatas kematian saudara aku..

Hamlet - kejab! Siapa saudara kau?

Laertes - ophelia!

Hamlet - oh ophelia mati bukan kerana aku tetapi kerana dah ajal dia..kau kena terima qada dan qadar..

Laertes - loya buruk ya..kau dah tolak cinta dia dan kau cuba menyembunyikan soal itu!! Berdebah kau.

Hamlet - jgn! kau tak setanding dgn aku laertes pedang kau pendek..pedang aku panjang..

Laertes - argh pendek ke panjang bkn mslah yg penting bisanya.!.rasakan tikaman pedang beracun ni...

(Claudius masuk)

Claudius - nanti ! Jgn bunuh dia laertes.

(Hamlet dan laertes tercengang)

(Hamlet bangun)

Hamlet - haha mmg aku menungu kehadiran kau claudius si pembunuh!!

Laertes- eh knp plak aku tak boleh bunuh dia?

Claudius- sbb dia adalah abang kandung kau.

Laertes- eh apa semua ni..

Claudius- takkan kau nak bunuh darah daging kau?

Halmet - ha aku abang kau?apa yg ko merepek ni

Laertes- asal muka kita tak sama?kau jgn cuba menipu aku..

Claudius - sbb kau berlainan ibu!


Hamlet - hey berengset!! Aku tak percaya..mana buktinya..


Claudius - cuba kau tengok dkt bawah perut kau berdua...ada persamaan..


Hamlet - apa?

Laertes- apa semua ni?eh samalah..

(Mereka berdua lihat ke arah kote)

Hamlet - argh!! Abis siapa bapak aku??baik kau cakap?sebelum aku bunuh kau..

Claudius - .jgn bunuh aku..sbb aku lah..

Laertes - woi !ophelia mcm mna?aku kena menuntut bela atas kematian dia..hari ni jugak!

(Getrude masuk)

Gertrude- tak perlu risau pasal dia..dia bukan saudara kau.

Laertes - what?biar betul.

Hamlet - wah ibuku yg jalang!!

Gertrude- diam! Kau sebenarnya anak aku laertes.

Leartes - benarkah kau ibu aku?

Gertrude - ya..tgk ni..(menujukkan sesuatu)

Laertes - tak aku tak percaya!

Gertrude - percaya!

Laertas - tak!

Gertrude - ya !

Laertes - tak!

Getrude - ya

(Sama sama bersem)

Laertes - ibu..!! ( memeluk ibu)

Hamlet - sudah! hentikan cerita dogeng ni..tidak ada yg lebih penting selain menamatkan riwayat kamu berdua!( ke arah claudius dan gertrude)

Gertrude-  tidak! kau berdua harus tahu semua...bapa kandung kau bukan...

Laertes- bukan apa ibuku??katakan..

Hamlet - ah kau semua pendusta.!.aku tak percaya..kau yg membunuh bapa aku dgn meletak racun ke dalam telinganya..roh si mati selalu menghantui aku dlm mimpi menyatakan kau la setan paling busuk hati dan tamak haloba!

Getrude - dia tak bersalah hamlet..

(Laertes tiba tiba menangis)

Laertes - oh rupanya kau bukan saudara aku ophellia..penat2 sahaja aku bertarung dan dtg dr perancis ke sini...

Hamlet - eh laertes sudah tu.! Jgn percaya mereka berdua ni durjana!

Laertes - oh apa benda semuani..

Hamlet mengambil racun dan dihalang gertrude

Gertrude - jgn bunuh dia..jgn..

Hamlet -tepi tepi..aku harus membunuh lelaki keparat itu di sini..dihadapan semua rakyat denmark ini! Dan selepas itu kau pula perempuan jalang!

(menolak gertrude lalu disambut laertes)

Hamlet mengambil racun dan sumbat ke dalam mulut claudius..dgn semberono.

Gertrude - jgn hamlet!! Jgn....

Hamlet ..- haha nah rasakan kematian yg dinanti nanti..ayah! Aku suduh menuntut bela di atas kematian mu ...sekarang giliran kau pula( ke arah gertrude)

Gertrude - jgn..jgn hamlet..diaa sebenarnya..

(Claudius terbaring dan tergaga)

Gertrude - dia itu lah bapa kamu hamlet..claudius.!!

Laertes -ha?

hamlet- what.?

Getrude- kau telah membunuh bapamu kandung kau..

Hamlet -(terkejut)tidak! Abis roh yg menghantui aku itu siapa??kalau bukan ayahku!

Gertrude - itu hanya mainan tidur kau saja!! Kau selalu tidur di waktu senja.kau tidur tak basuh kaki!..bapa kau masih hidup..dia laa bapa kau berdua..

Laertes dan hamlet - aku tak percaya!! apa buktinya!!

Gertrude- cuba tgk bwh perut dia...

(Mereka berdua pergi ke arah kote bpa hamlet dan memandang satu sama lain..)

Laertes dan hamlet - eh samalah.


Tamat.