Trivia teater playlet Panik di pusat undi karya Ridhwan Saidi dan arahan saya sendiri.
Saya tertarik dengan karya ini kerana itu saya memilih untuk menyatakan saya ingin mengarah karya pendek panik di pusat undi ini secara total. Perkara pertama yang membuatkan saya berkeinginan jitu setelah membacan karya panik di pusat undi ini adalah karya ini telah menostalgiakan saya pada karya samuel beckett berjudul waiting for godot kerana rasa HAMPA menunggu sesuatu yang tidak pasti. Samuel beckett punyai Vladimir dan Estragon manakala Ridhwan mempunyai Malik dan Zakir sebagai tools di dalam karyanya. Rasa atau emosi seorang penunggu HAMPA yang tegar ini lah yang akan saya potreykan secara total di dalam pengarahan saya pada kali ini melalui gaya dan konsep teatrikal. Boleh dikatakan saya cuba untuk mengekprimentasikan "RASA HAMPA" dengan lebih dekat pada khalayak yang menonton. Jikalau berkelapagan pada 15 hingga 19 mac ini di studio revolution stage, boleh lah datang menonton 4 playlet dari ridhwan saidi berjudul teater modular yang akan memberi satu konsep dan gaya persembahan yang minimal tetapi unik kerana di upacara teater modular ini mempunyai 4 pengarah berlainan rasa maka sentuhan dari setiap pengarah juga pasti beraneka dan bermutu.
#teaterModular
#teaterMalaysia
#teaterpilihan

